Kiah Propa Berang Asyik Diganggu Individu Gila Seks

Hiburan

Kiah Propa Berang Asyik Diganggu Individu Gila Seks

Diganggu individu gila seks, personaliti televisyen, Kiah Propa tampil membuat laopran polis sekai lagi selepas didakwa disajikan dengan foto “burung” individu terbabit sambil dihantar video onani lelaki berkenaan kepadanya.

kiah propa diganggu individu gila seks

Advertisement

Perkara itu didedahkan Kiah sendiri di salah sebuah entri terbaru yang dimuat naik menerusi Instagram TV (IGTV) miliknya.

https://www.instagram.com/tv/CBktf7fpHzC/?utm_source=ig_embed

Tambahnya lagi, memasuki kali kedua membuat laporan polis, beliau seakan bosan melakukan perkara tersebut berulang kali.

“Aku ni bagi muka kat kau, dik. Kau dah bagi aku gambar burung kasawari, burung kelicap madu, burung gagak, burung punai.”

Ujar Kiah, beliau semakin bengang kerana bukan sahaja diaju gambar, malah video serta kata-kat lucah juga sentiasa dilemparkan kepadanya. Kata Kiah, tindakan individu terbabit amat keterlaluan kerana telah banyak kali diperlakukan sedemikian rupa.

Kiah juga menyifatkan individu terbabit bagai tidak serik dengan sikap serta kelakuan yang dipamerkan lelaki tersebut.

kiah propa diganggu individu gila seks

“Gila seks kau tu ubah sikit dik. Kesian mak bapa, ingat Allah swt. Fikir-fikirlah sikit apa kau buat. Kau buat dengan Kiah Propa pula.”

Biarpun telah beberapa kali menyekat, namun lelaki berkenaan masih giat menghantar gambar kemaluan kepadanya.

Terdahulu, pada Ahad lalu Kiah membuat laporan polis di balai sama berikutan dia menerima kiriman gambar kemaluan lelaki daripada individu tidak dikenali hampir setiap hari dan waktu di aplikasi WhatsApp.

Untuk rekod, Kiah merupakan bekas pengacara program hiburan Galaksi TV9 suatu ketika dahulu. Kelantangannya bersuara dengan menghiburkan para peminat ketika mengacara sentiasa mendapat perhatian ramai.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...