Kia Cerato, Buatkan Diri Ini Teruja

Hiburan

Kia Cerato, Buatkan Diri Ini Teruja

2 Julai yang lalu, Abang Nara telah menghadiri majlis pelancaran Kia Cerato di The Pavilion, Kuala Lumpur. Pasti rekabentuknya lebih menarik, harga berpatutan dan mempunyai kualiti yang lebih bagus.
kia ceratoRamai juga yang hadir ke majlis pelancaran ini. Kesemuanya tidak sabar untuk melihat dengan mata sendiri buat pertama kalinya Kia Cerato ini. Abang Nara tidak sabar untuk mendengar pengumuman harga. Mana tahu memang berpatutan dengan bajet. Boleh tempah satu terus.
kia ceratoAkhirnya saat yang ditunggu-tunggu tiba jua. Dengan 2 varian, Kia Cerato membuat kemunculannya buat pertama kali di Malaysia. Harga OTR untuk enjin 1.6 liter ialah RM99,888 dan untuk enjin 2.0 liter ialah RM118,888. Kedua-duanya didatangkan dengan jaminan 5 tahun tanpa had perjalanan.
kia ceratoInilah wajah gembira pemilik Kia Cerato yang pertama di Malaysia. Daripada 3,227 penyertaan yang diterima untuk pertandingan “What Is Project C”, beliau telah berjaya memenangi hadiah utama yang berupa sebuah Kia Cerato. Memang bertuah sungguh.
kia ceratoApa yang menarik mengenai Kia Cerato ialah sistem pengawalan stering yang mempunyai 3 pilihan iaitu Comfort, Normal dan Sport. Berdasarkan pemilihan pemandu, stering akan menjadi lebih ringan atau lebih berat. Ini akan memudahkan pengawalan kereta apabila anda memandu Kia Cerato di tempat-tempat berbeza seperti di lebuhraya atau di dalam bandar.
kia ceratoAntara fungsi-fungsi lain yang menarik ialah 10-way Power Driver Seat dengan memori yang kebiasaannya terdapat di dalam kereta seperti BMW dan Mercedez, butang tekan untuk Start/Stop, Smart Key, Sunroof untuk varian 2 liter, dan banyak lagi. Kia Cerato turut dilengkapi dengan 6 airbag dan turut mendapat 5 bintang di dalam NHTSA (National Highway Traffic System Administration).
kia ceratoKia Cerato didatangkan dengan 5 pilihan warna iaitu iaitu Clear White’, ‘Glittering Metal’, ‘Bright Silver’, ‘Temptation Red’ dan ‘Golden Beat’. Turut melengkapi model ini ialah 17 inci rim, 4.2 inci skrin LCD untuk varian 2.0 liter dan sistem “Smart Welcome Lighting”. Memang nampak bergaya sungguh!!!
kia ceratoSasaran jualan KIA Cerato ialah sebanyak 600 unit sebulan. Daripada pengamatan Abang Nara, sasaran tersebut boleh dicapai. Abang Nara sendiri hampir-hampir tertempah ketika hari pelancaran. Memang bila tengok depan-depan, cantik sangat-sangat. Boleh jatuh cinta dibuatnya.
kia ceratoUntuk lebih banyak info, layari Facebook Kia Malaysia atau laman web Kia Malaysia – www.kia.com. Kalau nak lebih puas hati, kunjungi bilik pameran Kia terdekat anda dan terus cuba pandu uji kereta ini.

Advertisement

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...