Khutbah Jumaat Di Perak Didakwa Minta Orang Ramai Berhenti Budaya Boikot, Pihak Polis Ambil Tindakan

Kehidupan

Khutbah Jumaat Di Perak Didakwa Minta Orang Ramai Berhenti Budaya Boikot, Pihak Polis Ambil Tindakan

Baru-baru ini tular di media sosial berkenaan khutbah yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) yang didakwa meminta tindakan boikot oleh segelintir pihak diberhentikan.

Perbuatan boikot berlawanan dengan keadilan Islam

Hal tersebut telah menjadi perdebatan di media sosial apabila khutbah yang memetik pandangan Mufti Perak, Datuk Seri Wan Zahidi Wan Teh telah menyarankan tindakan boikot di Malaysia ini perlu diberhentikan kerana ia berlawanan dengan keadilan Islam.

Advertisement

Sahibus Samahah Mufti Negeri Perak, menyuarakan pandangan isu memboikot atau memulau perniagaan tertentu harus dihentikan dengan hujah bahawa perbuatan itu berlawanan dengan keadilan Islam. Beliau berpandangan, boikot yang dilakukan ketika ini, tidak menepati sunnah baginda (Rasulullah) SAW.

 

Dan boleh menjerumuskan kepada berlakunya kezaliman. Lebih parah apabila isu ini disensasikan tanpa landasan ilmu dan tanpa hujah yang benar, hingga menyemarakkan sentimen atau perasaan benci dan marah.

khutbah

Pihak polis buka kertas siasatan

Dalam pada itu, menurut laporan Sinar Harian, aduan kes tersebut diterima selepas seorang lelaki berusia 42 tahun berasa tidak puas hati dengan video yang dimuat naik di laman TikTok tersebut.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, siasatan dibuka di bawah Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Daripada keterangan diberikan, lelaki terbabit menyifatkan ulasan dalam video tersebut boleh mengganggu gugat ketenteraman awam khususnya umat Islam di Perak.

 

Video itu juga dikatakan seakan mencabar kredibiliti Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) dan institusi Jabatan Mufti.

khutbahSumber : Gambar Hiasan  

 

Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

kfc
3 weeks ago

"KFC Tak Pernah Masuk Senarai, Kami Tak Pernah Kempen Rakyat Malaysia Boikot Dulu Hingga Sekarang" - Pengerusi BDS Malaysia

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...