Setelah mendakwa dua orang pemandu bas ekspres berkelakuan tidak senonoh di dalam bas, wanita yang menyebarkan video berkenaan tampil memohon maaf di TikTok.
Dapat dilihat dalam kenyataan yang dimuat naik, individu yang dikenali sebagai Iffah Danisha itu akui kekhilafannya merakam serta memuat naik video berkenaan di platform media sosial hingga menimbulkan fitnah.
Dalam pada masa yang sama, wanita itu turut berkata dirinya sudah pun bertemu dengan pihak pengurusan sebelum video yang dimuat naik itu tular di media sosial dan menyelesaikan isu ini secara baik.
Bahkan, sudah pun memadam video berkenaan dari laman akaun media sosialnya.
Iffah sekali lagi memohon maaf terhadap dua orang individu berkenaan kerana telah memfitnah serta mencalarkan imej mereka hingga dicaci-maki netizen.
Sebelum ini, seorang individu mendakwa seorang pekerja lelaki sebuah syarikat bas ekspres bercumbu dengan seorang wanita yang merupakan pemandu utama.