Sebelum ini, tular mengenai berita seorang pemilik salun bernama Danny yang sebelum ini adalah ‘mak nyah’ kecewa selepas mengetahui dia rupanya menjalinkan hubungan cinta bersama wanita berstatus isteri orang, Dr Qaseh.
Qaseh tampil perjelaskan hal sebenar
Tidak menafikan hal itu, Qaseh mengakui bahawa dirinya memang memegang status isteri orang ketika sedang menjalin hubungan cinta bersama Danny.
Bahkan mengakui kesalahan yang dilakukan dan meletak kesalahan itu kepada dirinya.
Dah berkahwin selama lima tahun
Kata Qaseh, dirinya sudah pun memegang status sebagai isteri orang selama lima tahun dan suami adalah adik angkatnya sendiri.
Menurut doktor terbabit, Danny sudah pun mengetahui kisah sebenar dan minta uruskan perkara ini sebelum meneruskan niat untuk berkahwin dengannya.
Tapi semalam, dia (Danny) keluarkan kenyataan di live TikTok, saya pula ada menontonnya dan sangat terkejut. Mulanya memang marah dan fikir tindakannya keterlaluan kerana cakap secara terbuka.
Tiada rasa cinta terhadap suami
Tegas Qaseh, hubungan perkahwinannya bersama suami bukanlah seperti pasangan lain, malah dia akui tiada langsung perasaan cinta terhadap suaminya.
Ditanya lebih lanjut mengenai hubungan dengan suami, Qaseh berkata mereka sudah pun membuat keputusan untuk bercerai dan kini dalam proses memfailkan perceraian.
Status doktor dicurigai
Menurut Qaseh lagi, selepas tular kisah ini, ramai mula curiga dengan status ‘doktor’ yang dimiliki dah sedikit sebanyak menganggu emosinya.
Saya berlapang dada dengan sikap segelintir netizen dan tiada rasa marah atau dendam. Cuma tipu kalau saya katakan apa yang berlaku tak beri kesan kepada emosi.