Khianat Peniaga Roti Canai, Dua Suspek Telah Ditahan Polis

Kehidupan

Khianat Peniaga Roti Canai, Dua Suspek Telah Ditahan Polis

Tular baru-baru ini di aplikasi X memaparkan dua orang lelaki meletakkan kepala babi di sebuah kedai makan yang didakwa berlaku di bandar Teknologi Kajang.

Menurut Berita Harian, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Nazron Abd Yusof, berkata dua lelaki tempatan yang berusia 35 dan 51 tahun itu telah ditahan pada 15 Oktober lalu susulan kejadian itu.

Advertisement

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 298/427 Kanun Keseksaan yang mana jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman penjara hingga dua tahun, denda atau kedua-duanya sekali.

Ketua Polis Daerah Kajang itu turut berkata pihak beliau menerima laporan berhubung kejadian itu jam 7.30 malam pada 11 Oktober yang lalu sebelum video tersebut tular di media sosial.

Pengadu iaitu seorang lelaki berusia 18 tahun, memerhati rakaman CCTV di kedainya di Bandar Teknologi Kajang.

Rakaman itu menunjukkan dua individu tidak dikenali memakai baju hitam dan topi keledar hitam dan merah memasuki kedai dan meletakkan kepala babi di atas kabinet dan kaunter roti canai milik pengadu.

kepala babi atas kaunter

Tambahnya, siasatan lanjut dijalankan bagi mengumpul bukti berkaitan kes ini termasuk motif suspek.

Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.

amir ahnaf
2 months ago

“Saya Single, Tolong Carikan GF Sorang..” - Amir Ahnaf Akui Banyak Luangkan Masa Di Rumah Tonton Netflix

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : X

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...