Khazanah Raih Keuntungan RM7.36 Bilion, Tertinggi Dalam Sejarah

Trending

Khazanah Raih Keuntungan RM7.36 Bilion, Tertinggi Dalam Sejarah

Khazanah Nasional Berhad telah mengumumkan pemulihan prestasi keseluruhan pada tahun 2019 berjaya dengan mengaut keuntungan operasi tertinggi dalam sejarahnya. 

Khazanah mencatatkan keuntungan operasi sebanyak RM7.36 bilion berbanding tahun lepas dengan kerugian lebih RM6 bilion. Di samping itu, Khazanah juga mengumumkan pemberian dividen sebanyak RM1 bilion untuk 2019. 

Advertisement

Prestasi baik ini hasil penyumbangan pelupusan yang tinggi daripada RM1.4 bilion kepada RM9.9 bilion dan rosot nilai yang lebih rendah daripada RM7.3 bilion kepada RM 4.9 bilion.

Datuk Shahril Ridza Ridzuan

Dalam satu kenyataan yang diberikan oleh Pengarah Urusan Kjazanah, Datuk Shahril Ridza Ridzuan berkata prestasi tahun 2019 berada dalam persekitaran global yang tidak pasti dengan menyaksikan proses Brexit yang mengambil masa yang lama dan perang perdagangan antara AS-China yang dilihat semakin sengit.

Khazanah juga turut berjaya mengukuhkan kewangannya hasil daripada pengurangkan perbelanjaan kepada RM484 juta. Pengurangan ini adalah sebanyak 28.2 peratus daripada RM674 juta.

Jumlah hutang telah berjaya dikurangkan kepada RM45.8 bilion daripada RM55.2 bilion pada tahun 2018 iaitu sebanyak 17.0 peratus, manakala lindungan Nilai Aset Boleh Tunai meningkat 0.6 daripada 2.4 kali kepada 3.0.

Syarikat pelaburan kerajaan itu telah dijadualkan mengadakan sidang media pada hari ini untuk mengumumkan prestasi kewangannya bagi tahun 2019 namun terpaksa ditangguhkan selepas salah seorang pengurusan kanannya disahkan dijangkiti COVID-19.

sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...