“Khazanah, PNB & FashionValet Perlu Beri Penjelasan Tentang Kerugian RM43.9 Juta” – Fahmi Fadzil

Trending

“Khazanah, PNB & FashionValet Perlu Beri Penjelasan Tentang Kerugian RM43.9 Juta” – Fahmi Fadzil

Menteri Komunikasi dan Media, Fahmi Fadzil menggesa agar Khazanah Nasional Berhad (Khazanah), Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan FashionValet Sdn Bhd (FashionValet) memberi penjelasan tentang kerugian pelaburan bernilai RM43.9 juta yang dialami dua syarikat berkaitan kerajaan (GLIC) itu dalam FashionValet.

Fashion valet

Advertisement

Kata jurucakap kerajaan MADANI itu, sudah tentu rakyat ingin tahu kerana ia adalah dana awam dan ramai yang membangkitkan isu mengenai kerugian tersebut sehingga tular di media sosial.

Sudah tentu ramai yang bertanya mengenainya kerana ia adalah dana awam. Bagaimanapun untuk berlaku adil kepada semua pihak, baik Khazanah atau FashionValet, kita perlu memberi sedikit masa kepada mereka untuk memberikan penjelasan.

Fahmi Fadzil

“Saya percaya mereka akan mengeluarkan kenyataan mengenainya dalam masa terdekat demi kepentingan awam,” katanya.

Terdahulu, Khazanah dan PNB dilaporkan kerugian RM43.9 juta daripada penjualan pelaburan minoriti platform fesyen terkemuka, FashionValet.

Perkara itu menimbulkan pelbagai persoalan dan ramai dalam kalangan rakyat yang mendesak agar usahawan Vivy Yusof dan suaminya, Fadza Anuar tampil untuk memberi penerangan berhubung kerugian membabitkan dana awam tersebut.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Vivy Yusof masuk hsopital
2 months ago

"Terlalu Banyak Untuk Diperkatakan.." - Vivy Yusof Kongsi Foto Di Hospital Setelah Diasak Beri Penjelasan Berkenaan Khazanah & PNB

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...