Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Khaty Fauziah Puji Syatilla Melvin Sebagai Menantu Yang Baik

Sudah enam bulan bergelar isteri kepada Shaheizy Sam, nampaknya Syatilla Melvin sudah berjaya memikat hati ibu mertuanya Khaty Fauziah.

Advertisement

Menerusi satu temubual terbaru, Khaty memberitahu beliau cukup bahagia mendapat seorang menantu seperti Syatilla.

Kehadiran Syatilla menyenangkan kerja. Layanan Sam pula sama tidak ada perubahan. Saya biarkan mereka sebagai suami isteri, maknanya kalau tidak betul saya tegur.

Syatilla sudah mempelajari masakan kegemaran Sam dan juga juadah sesuai semasa hari raya. Semua itu alhamdulillah Syatilla sudah boleh. Lauk kegemaran Sam yang pedas-pedas seperti asam pedas, sambal tumis, nasi tomato dan ayam masak merah, semua Syatilla sudah belajar.

Tidak kami nafikan, Sam tidak boleh lari daripada imej “ mommy’s boy”, tetapi sebagai ibu, Khaty  selalu mengingatkan Sam untuk menjaga hati isterinya. Buat Khaty, beliau tidak berkecil hati dan mendoakan yang terbaik buat anak dan menantunnya itu.

Advertisement

Saya selalu ingatkan Sam bahawa jangan selalu ingatkan saya rasa sakit hati atau tersinggung  pada saya.

Syatilla itu isterinya, maka terpulanglah. Saya tidak kecil hati. Itu sudah menjadi tanggungjawabnya. Saya harapkan yang terbaik buat mereka dan kalau boleh saya mahu cepat timang cucu.

Alhamdullillah Khaty Fauziah dan Syatilla Melvin dapat mempunyai hubungan yang baik sesama sendiri dan tidak timbul sebarang sengketa. Doakan yang baik-baik buat mereka sekeluarga dan semoga sentiasa harmoni.

Sumber Berita : THE MALAY MAIL ONLINE

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama