Khaty Fauziah Disindir Kerana Rentas Negeri, Tunjuk Bukti Rekod Perubatan

Hiburan

Khaty Fauziah Disindir Kerana Rentas Negeri, Tunjuk Bukti Rekod Perubatan

Pelakon senior, Khaty Fauziah baru-baru ini menjadi bahan bualan sesetengah netizen yang tidak senang duduk melihatkan perkongsian Khaty di Instagram bersama anak-anak memandangkan aktiviti rentas negeri masih lagi tidak dibenarkan sepanjang Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 1 kini.

Shaheizy Sam
3 years ago

Aktif Berkebun Dan Membina Landskap, Shaheizy Sam Kongsi Hobi Masa Lapang Sepanjang PKP

Advertisement

Khaty yang menetap di Melaka menjelaskan bahawa dia terpaksa bergerak ke Selangor di atas urusan kesihatan dan bagi mendapatkan rawatan susulan penyakit jantungnya itu.

View this post on Instagram

A post shared by KhatyFauziah (@khatyfauziah)

Perkara itu dijelaskan Khaty menerusi sebuah hantaran Instagram miliknya bagi menghuraikan persoalan netizen mengenai tindakannya merentas negeri bersama suami.

Saya sebenarnya tidak payah buktikan apa-apa di sini berkenaan dengan peristiwa semalam yang menjadikan sebahagian daripada anda semua bertelagah sehingga melemparkan berbagai sindiran.

View this post on Instagram

A post shared by KhatyFauziah (@khatyfauziah)

Kalau anda memang ikhlas mengikuti perkembangan saya dan family, tentu anda tahu saya baru menjalani prosedur jantung tiga bulan yang lalu. Saya kena bermalam di rumah anak yang ada anak ramai. Untuk masuk ke rumahnya saya dan suami kena tunggu 15 minit baru dapat masuk setelah diswab dan sebagainya..ikut SOP.

Tidak cukup dengan itu, Khaty juga turut berkongsi rekod perubatan serta tarikh temujanji di IJN kepada netizen.

Terdahulu, Khaty menerusi hantaran Instagram miliknya ada memuat naik foto bersama semua anak, menantu serta cucunya dalam sebuah rumah.

Dia juga tampil memohon maaf jika perkongsian itu ada mengguris hati mana-mana pihak dan berharap mereka di luar sana lebih menjaga bahasa agar lebih dihormati.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram Khaty Fauziah

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...