Bangga berjaya dapat standing ovation ketika persembahan pada malam Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL 38), penyanyi Hasif Upin dedah pengalaman pernah dikecam oleh pengguna media sosial yang meminta dirinya berhenti menjadi penyanyi.
Terima kasih pada haters
Melalui hantaran yang dikongsikan di laman TikTok, Hasif menjelaskan kecaman dan kritikan negatif yang ditujukan kepadanya tidak pernah menjatuhkan dirinya, sebaliknya perkara tersebut menjadi satu dorongan buatnya untuk membuktikan kebolehan sebagai seorang penyanyi.
Katanya, dia berterima kasih kepada para haters yang pernah mengecamnya. Menurutnya, persembahan di AJL itu merupakan satu bukti kepada mereka bahawa dia dapat menjadi anak seni yang berjaya.
Khas untuk haters, terima kasih kerana merendahkan bakat saya. Saya masih ingat lagi ada yang suruh saya berhenti menyanyi dan paling sedih ada juga bekas kawan-kawan lama turut menghentam.
Tapi lihat sekarang saya di final AJL 38. Saya buktikan kepada kamu, iya kamu! Bahawa kata-kata dan cacian itu membuatkan saya lebih kuat.
View this post on Instagram
Gembira terima standing ovation
Bukan itu sahaja, dalam hantaran yang sama, Hasif turut menyatakan rasa bangga dengan dirinya dan rakan duet, penyanyi Ziana Zain kerana berhasil meraih standing ovation selepas menyanyikan lagu duet mereka berjudul Waktu itu.
Dalam pada itu, penyanyi ini juga tak lupa menyampaikan rasa syukur kepada peminat dan berhasrat dapat membuat persembahan di pentas AJL pada tahun hadapan.
Di final AJL 38 alhamdulillah banyak komen positif dan mendapat standing ovation.
Kepada peminat dan penyokong saya, insya-Allah jumpa AJL tahun depan. Jika ada rezeki nanti kita teriak ramai-ramai.
View this post on Instagram
Terdahulu, lagu Hasrat nyanyian Amir Jahari telah meraih tempat pertama, sementara lagu Sutera yang dipersembahankan oleh Aisha Retno di tempat kedua dan Aina Abdul menduduki tempat ketiga dengan lagu Jangan Mati Rasa.