Khalid Jamlus Kongsi Foto Hari Terakhir Bersama Kasut Emas Sebelum Ianya Dijual

Trending

Khalid Jamlus Kongsi Foto Hari Terakhir Bersama Kasut Emas Sebelum Ianya Dijual

Bekas pemain bola sepak kebangsaan, Khalid Jamlus sebelum ini mengejutkan ramai dengan keputusannya mahu melelong Kasut Emas yang dimilikinya. Keputusan itu dibuat bagi meneruskan hidupnya yang semakin terkesan selepas kehilangan sumber pendapatan.

Di dalam perkongsian terbarunya di laman Instagram, Khalid memberitahu hari ini merupakan hari terakhir Kasut Emas itu menjadi miliknya. Bermaksud, bermula esok trofi berharga itu akan bertukar milik menjadi pembida yang berjaya membidanya dengan harga yang masih belum diumumkan secara rasmi.

Advertisement

“Hari ini adalah hari terakhir. Esok saya mesti mengucapkan selamat tinggal.”

 

View this post on Instagram

 

Today is a last day dear???..tomorrow i have to say goodbye??????

A post shared by -Khalid Jamlus- (@khalidjamlus) on

Sebelum ini, Khalid jelas tidak berganjak dengan keputusannya apabila tetap mahu melepaskan trofi Kasut Emas yang dimenangi bersama Perak pada 18 tahun lalu. Walaupun dikhabarkan mendapat khabar baik selepas pertemuannya bersama Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.

Bekas pemain berusia 43 tahun itu menegaskan Kasut Emas itu tetap perlu dilepaskan demi kelangsungan hidupnya. Namun, hala tuju Kasut Emas itu masih menjadi misteri apabila Khalid dilihat cuba menunggu tawaran terbaik untuk anugerah berprestij itu.

Menurutnya sebelum ini, ada bidaan dari Sabah dan Pantai Timur dan dia juga menunggu sekiranya ada pihak yang mahu mengambilnya untuk muzium di Perak. Setakat ini, difahamkan bidaan Kasut Emas itu sudah mencecah RM50,000 walaupun pada mulanya ia dibida pada harga RM10,500.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...