Khalayak Penonton Euro 2016 Dibaling Bom Di Puchong: Lapan Cedera

Trending

Khalayak Penonton Euro 2016 Dibaling Bom Di Puchong: Lapan Cedera

Lapan orang cedera dalam satu letupan di bahagian hadapan sebuah kelab malam di IOI Boulevard, Puchong.


 photo Puchong1.transformed.jpg

Menurut The Star, Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata kepada pemberita di lokasi kejadian yang kejadian itu berlaku pada Selasa, 2.25 pagi.



Pengunjung kelab itu dikatakan sedang menonton perlawanan Euro 2016 antara Sepanyol menentang Itali.

Advertisement

DCP Rahim juga mengesahkan bom yang digunakan dalam letupan itu ialah dari jenis grenad tangan.


 photo modiva explosion.jpg
 photo ac141873-c06f-43f6-89a2-418fac4a59b8.jpg

Polis menafikan letupan itu satu perbuatan keganasan, dan sedang menyiasat sama ada letupan dilakukan kerana persaingan perniagaan, dendam, atau jika suspek menyasarkan salah seorang individu yang spesifik berada di situ.

Empat lelaki dan empat wanita termasuk seorang warga China dirawat di Hospital Serdang dan Hospital Sunway susulan kejadian itu. Ia sedang disiasat sebagai percubaan membunuh.-amazingnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...