Mesti ramai yang tak sabar menantikan kebenaran merentas negeri yang bakal diumumkan kerajaan tidak lama lagi. Maklumlah, masih ramai yang belum dapat berjumpa ibu dan ayah sejak sekian lamanya dan pastinya kebenaran rentas negeri yang akan diumumkan nanti akan digunakan sebaiknya.
Baca: Kelonggaran Rentas Negeri Akan Diumum Dalam Masa Terdekat?
Sebelum ini, Perdana Menteri turut mengumumkan negara perlu mencapai sekurang-kurangnya 90 peratus dewasa menerima vaksin lengkap. Selepas itu, barulah kerajaan akan memberikan kebenaran merentas negeri.
4% lagi sebelum kami memberikan kebenaran rentas negeri
Khairy dalam perkongsian terbarunya di Twitter memaklumkan yang kini negara sudah mencapai 86 peratus populasi dewasa menerima vaksin lengkap. Ini bermakna, kita hanya memerlukan lagi 4 peratus sahaja lagi.
Dalam tulisan terbaru itu, Khairy menjangkakan akan berlaku lebih banyak perhimpunan sebaik sahaja kebenaran rentas negeri diberikan. Oleh itu, amat penting untuk kita semua memainkan peranan masing-masing untuk sentiasa bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan.
“Dengan lebih banyak pergerakan, akan berlakunya lebih banyak perhimpunan. Kita perlu mengambil tanggung jawab terhadap tindakan kita. Jika anda menunjukkan simptom, dapatkan kit ujian dan uji diri. Jika positif, asingkan diri secepatnya.” – Tulis KJ.
Ini bermakna seramai 20,317,843 individu dewasa telah menerima vaksin lengkap setakat 1 Oktober 2021 dan ini ditambah lagi dengan jumlah 1.4 juta remaja lengkap menerima vaksin.
86% adults have been fully vaccinated. 4% more until we lift interstate travel. With greater mobility, there will be more gatherings. We need to take responsibility for our actions. If you develop symptoms get a test kit and test. If positive, isolate quickly.
— Khairy Jamaluddin ??? (@Khairykj) October 2, 2021
Kami di Ohmedia turut ingin mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada seluruh rakyat Malaysia kerana berjaya mendapatkan vaksin dan bersama #kitajagakita.
Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara