Khairy Jamaluddin Mahu MySejahtera Selesai Isu Sijil Vaksin

COVID-19

Khairy Jamaluddin Mahu MySejahtera Selesai Isu Sijil Vaksin

Semalam, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin telah mengarahkan pasukan MySejahtera untuk menyelesaikan isu sijil digital vaksinasi di aplikasi MySejahtera bagi individu yang sudah lengkap menerima vaksin diselesaikan dalam tempoh seminggu.

Arahan itu dikeluarkan susulan ramai orang yang bimbang kerana masih belum mendapat sijil digital vaksinasi walaupun mereka sudah melengkapkan dos vaksin Covid-19.

Advertisement

4 bulan lalu

Syarikat Cetak Sijil Digital Vaksin Dikesan Polis

Menurut Khairy Jamaluddin, individu yang mendapati sijil digital vaksinasi di aplikasi MySejahtera belum dikemas kini boleh menggunakan kad fizikal vaksin buat sementara waktu.

“Semua masalah berkaitan MySejahtera saya telah mengarahkan pasukan MySejahtera untuk selesaikan dengan segera termasuk masalah tidak ada sijil. Saya beri mereka tempoh seminggu untuk selesaikan.” – Khairy Jamaluddin

Menerusi sumber daripada laman Twitter BERNAMA, Khairy berkata demikian dalam sidang media perkembangan Covid-19 yang turut dihadiri Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Advertisement

Tambah Khairy lagi, sijil digitak dalam SELangkah boleh digunakan bagi individu yang menerima vaksinasi melalui program Vaksin Selangor (SelVAX) sehingga mendapat sijil digital di aplikasi MySejahtera.

Selain itu, isu mengenai permintaan yang semakin meningkat untuk membolehkan individu bujang berkunjung ke luar negara bagi melawat ibu bapa mereka masih lagi dalam perbincangan.

“Kementerian Kesihatan (KKM) sentiasa melihat kepada data dan penilaian risiko. Saya sentiasa membincangkan perkara ini dengan Ketua Pengarah dan kami berpendapat bahawa telah tiba masanya untuk kita membuat syor kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN),” tambah Khairy Jamaluddin

Khairy Jamaluddin selesai isu sijil digital vaksin MySejahtera

fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

Justeru itu, Khairy meminta orang ramai supaya bersabar bagi membolehkan KKM melihat indikator penting seperti soal kapasiti kesihatan di tahap yang baik untuk membuat syor kepada MKN supaya aktiviti rentas negeri dibenarkan.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...