Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Khairy Jamaluddin Bertemu Dengan Aizat, Mizz Nina & Yuna Di New York

Menteri Belia dan Sukan, YB Khairy Jamaluddin merupakan  seorang menteri yang cukup menjadi idola dan  mentor baik daripada golongan anak muda mahupun dewasa. Mempunyai cara yang cukup santai dan terkini mengikut perkembangan semasa, Khairy  juga aktif di laman sosial terutama sekali Twitter.

Khairy yang kini berada di kota metropolitan New York atas urusan untuk memberikan sedikit taklimat kepada komuniti Malaysia di bandaranya tersebut secara kebetulan telah bertemu dengan beberapa artis terkemuka negara iaitu Aizat Amdan, Yuna dan Mizz Nina.

Advertisement

Foto beliau dan ketiga-tiga artis tersebut telah dimuat naik di Twitter. Ramai pengikut Khairy yang memberikan komen pada gambar itu  dan antara yang menarik perhatian kami  apabila salah seorang pengikut menyatakan menteri itu nampak sebaya dengan Aizat.

Mungkinkah Khairy Jamaluddin mempunyai rencana menarik buat belia di masa depan yang melibatkan Aizat, Mizz Nina dan Yuna? Menteri Belia dan Sukan ini jelas mempunyai visi dan matlamat untuk masa depan anak muda Malaysia dengan cara sungguh sempoit. Keep it up!

Sumber Berita: Malaysian Digest

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...
To Top