Khairulaming Buat Review Jujur, Bekas Beras Dan Kek Batik Di Shopee Habis Terjual

Trending

Khairulaming Buat Review Jujur, Bekas Beras Dan Kek Batik Di Shopee Habis Terjual

Nama Khairul Amin atau lebih dikenali sebagai Khairulaming sudah tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat. Sudah banyak video masakannya menjadi rujukan warganet untuk dijadikan sajian di rumah.

Pengaruhnya yang besar dengan memiliki 3.2 juta pengikut di laman Instagram menjadikan hampir semua orang begitu gemar dengan video masakannya.

Advertisement

Dalam pada itu, menerusi laman Twitter dan Instagram Story milik Khairulaming, dia ada buat beberapa review produk yang dibelinya menerusi aplikasi Shopee iaitu bekas untuk menyimpan beras dan kek batik nutella.

Satu video unboxing telah dikongsikan di laman Twitter miliknya.

https://twitter.com/khairulaming/status/1406489285428092930

Dia juga turut memaklumkan sebanyak 1,800 unit bekas penyimpanan beras tersebut telah habis dijual dan dianggarkan seller berkenaan memperoleh RM 90,000 hasil jualan.

Bukan itu saja, dia juga buat satu review produk kek batik nutella yang dibeli oleh rakan serumahnya.

Sumber : Instagram Khairulaming

Sumber : Instagram Khairulaming

Menurut pemilik produk tersebut, lebih 700 set kek batik nutella telah habis terjual dalam masa 2 jam.

Menerusi satu posting seorang warganet, Khairulaming merupakan individu berpengaruh atau influencer yang mempunyai pengaruh yang kuat sehingga beberapa seller memperoleh hasil jualan yang banyak.

Semoga peniaga-peniaga sentiasa dimurahkan rezeki dan memperoleh hasil jualan yang tinggi lagi-lagi ketika pandemik ini.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...