Nama Khairul Amin atau lebih dikenali sebagai Khairulaming sudah tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat. Sudah banyak video masakannya menjadi rujukan warganet untuk dijadikan sajian di rumah.
Pengaruhnya yang besar dengan memiliki 3.2 juta pengikut di laman Instagram menjadikan hampir semua orang begitu gemar dengan video masakannya.
Dalam pada itu, menerusi laman Twitter dan Instagram Story milik Khairulaming, dia ada buat beberapa review produk yang dibelinya menerusi aplikasi Shopee iaitu bekas untuk menyimpan beras dan kek batik nutella.
Satu video unboxing telah dikongsikan di laman Twitter miliknya.
https://twitter.com/khairulaming/status/1406489285428092930
Dia juga turut memaklumkan sebanyak 1,800 unit bekas penyimpanan beras tersebut telah habis dijual dan dianggarkan seller berkenaan memperoleh RM 90,000 hasil jualan.
Bukan itu saja, dia juga buat satu review produk kek batik nutella yang dibeli oleh rakan serumahnya.
Menurut pemilik produk tersebut, lebih 700 set kek batik nutella telah habis terjual dalam masa 2 jam.
haaa awak rupanya owner kek batik tu ? kek sedappp ?? all the best to you and your team! https://t.co/QvR4nhErYL
— Khairulaming (@khairulaming) June 21, 2021
Menerusi satu posting seorang warganet, Khairulaming merupakan individu berpengaruh atau influencer yang mempunyai pengaruh yang kuat sehingga beberapa seller memperoleh hasil jualan yang banyak.
Aku rasa kan Khairul Aming punya influence ni, jauh lagi hebat daripada artis. Respect gila Khairul Aming dengan dia punya semangat and tak mudah give up, and paling penting dia dah tolong dua seller tu dapatkan sales banyak. Mesti seller tu tengah happy sekarang.
— anor (@chlriedes) June 22, 2021
Semoga peniaga-peniaga sentiasa dimurahkan rezeki dan memperoleh hasil jualan yang tinggi lagi-lagi ketika pandemik ini.