Kalau sebelum ini Khairul Fahmi Che Mat telah muncul di majalah hiburan URTV, yang terbaru ialah beliau juga telah muncul sebagai model muka hadapan bagi majalah fesyen, Glam edisi lelaki untuk Januari 2012. Dengan riak wajah seakan model high-fashion, Khairul Fahmi kelihatan berlainan sekali berbanding penampilan biasanya. Satu idea yang segar dari majalah yang tampaknya sering berinovasi ini.
Apa yang pasti, kami akan terpaksa mengorek saki baki wang di kocek kerana membeli banyak majalah yang kini tampil dengan kulit muka hadapan yang meletup. Kami pasti jua komentator minah jambu pasti suka dengan kulit muka hadapan yang vass ini. Har har har. Layan!