November 11th, 2011

Berhubung dakwaan sesetengah pihak yang Khairul Fahmi Che Mat telah menghubungi bekas tunangnya untuk meminta bantuan disebabkan tweet-tweet bekas tunangnya itu baru-baru ini, Khairul Fahmi Che Mat yang sedang membantu pasukan kebangsaan bagi meraih pingat emas Sukan SEA, mendakwa itu cuma percubaan untuk mengganggu konsentrasinya.

Khairul Fahmi didakwa telah menghubungi bekas tunangnya untuk meminta bantuan berhubung penyebaran gambar-gambar beliau di sebuah restoran Itali di Bukit Bintang.

Menurut Khairul Fahmi melalui Twitternya, dia hanya menghubungi ibu, ayah serta kekasih barunya sebelum berlepas ke Indonesia. Tambahnya lagi, dia meminta orang ramai agar berhenti memperkatakan tentang kisah peribadinya kerana fokus yang lebih penting ialah tugasnya sebagai pemain kebangsaan yang berusaha membantu negara memenangi pingat emas Sukan SEA 2011.

Menyifatkan gosip baru itu sebagai tuduhan tak berasas, Khairul Fahmi turut membuat kenyataan tentang pihak yang hendak membuatnya jatuh dan tidak gembira, tetapi dia juga berkata dia tak akan mempedulikan semua itu. Untuk berbual dengan Khairul Fahmi Che Mat secara langsung, tweet beliau di @fahmiapexs.

***

Festival Kesenian Orang Asli dan Peribumi Malaysia 2011 ‘Malaysian Aborigines and Indigenous Arts Festival 2011 bakal diadakan pada 12-13 November (esok dan lusa) di FRIM, Kepong, Selangor. Orang ramai dijemput hadir memeriahkan festival ini. Kita ikuti apa kata Timbalan Ketua Pengarah (Dasar dan Perancangan) JKKN, En. Mohamad Razy Mohd Noor tetang Festival ini:

Muat turun aturcara penuh Festival ini di sini.


87 responses to “Khairul Fahmi Che Mat Nafi Hubungi Bekas Tunang Untuk Minta Bantuan”

  1. pemerhati says:

    macam2 hal hahahaha

Loading...