Abang Nara tak sangka pulak boleh timbul pelbagai persoalan kalau muka kacak, bersih dan gebu seperti penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi atau lebih dikenali dengan nama Apek ini. Sampai ada gosip liar menyatakan yang Apek mencucuk mukanya untuk supaya nampak lebih berseri seperti isterinya, Leuniey Natasha. Nasib baik kekacakan Abang Nara tahap Tom Cruise je. Heheh ~~
Namun Apek yang ditemui oleh wartawan portal Murai menafikan yang dia ada mencucuk mukanya. Menurut Apek, wajahnya nampak lebih berseri kerana kini bahagia di samping isterinya, Leuniey Natasha. Kata Apek:-
Setahu saya, semua sedia maklum, saya dan Leuniey berkahwin kerana faktor saling memahami bukannya faktor paras rupa. Jadi, gosip ini tidak berasas langsung. Hidup saya tidak berubah. Yang berubah hanyalah saya sudah berkahwin. Kalau nak kata saya ubah penampilan kerana Leuniey, saya rasa dari dulu lagi saya sudah berpakaian seperti ini. Mungkin orang nampak saya semakin berseri atau wajah lebih bersih di sebabkan saya sudah bahagia bersama Leuniey yang betul-betul memahami saya sebagai seorang atlet negara.
Romantik betul jawapan daripada Apek ini. Abang Nara akui sememangnya selepas berkahwin hidup lebih tenang, bahagia, masuk tidur lebih awal dan sekaligus menyebabkan wajah lebih berseri-seri. Sama-samalah kita doakan Apek dan Leuniey kekal bahagia sehingga ke hujung hayat.
P.S: 10 raksasa pembedahan plastik. Seram!!!
P.P.S: Hangat betul butik zawara, semua kawan-kawan abang nara dah jadi peminat setia butik zawara, Jom sama-sama tampil bergaya dan sopan dengan koleksi exclusive dari zawara. Kualiti macam jenama antarabangsa tapi harga murahnya!!! KLIK GAMBAR INI