Memasuki tahun kelima dalam dunia perniagaan, Khairul Aming mencatat pencapaian luar biasa apabila jualan produknya mencecah RM42 juta sepanjang tahun 2024.
Menerusi Instagram, pempengaruh dan usahawan di sebalik jenama Sambal Nyet Berapi dan Dendeng Nyet Berapi itu berkongsi bahawa jualannya meningkat sebanyak 110% berbanding tahun sebelumnya, yang berjumlah RM20 juta.
Kalau kita recall balik, dulu ambil masa lebih kurang tiga bulan untuk capai jualan RM1 juta. Tapi sekarang Alhamdulillah kita on track, InsyaAllah untuk dapatkan jualan RM1 juta setiap minggu.
Apa perubahan yang kita buat supaya boleh menaikkan sales? Salah satu apa yang saya boleh share adalah kita fokus kepada live stream.
Perubahan kedua adalah dari segi production. Dulu Sambal Nyet kita produce 1,000 hingga 3,000 unit sehari, which is tak boleh memenuhi demand yang kita ada, permintan tinggi tapi supply terhad… menyebabkan sambal sold outlaju. Tapi sales limited sebab production kita.
Menurut Khairul Aming, kejayaan ini adalah hasil strategi perniagaan yang diperbaharui serta usaha berterusan pasukannya.
Selain itu, beliau turut mendedahkan perancangan besar bagi tahun 2025, termasuk pembukaan kilang ketiga di Kelantan, pelancaran produk baharu, dan pengembangan pasukan livestream untuk memperkukuh jenamanya di pasaran.
“Alhamdulillah, sekarang dah masuk tahun kelima kita berniaga. Harap boleh expand lagi untuk tahun-tahun akan datang.” kongsinya di Instagram buat tatapan peminat.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.