Khairul Aming Menangis Terkenangkan Waktu Awal Kemunculan – “Terima Kasih Korang Untuk Semuanya..”

Kehidupan

Khairul Aming Menangis Terkenangkan Waktu Awal Kemunculan – “Terima Kasih Korang Untuk Semuanya..”

Pempengaruh dan usahawan Khairul Aming meluahkan rasa terharu melihat sokongan yang diterimanya sepanjang sembilan tahun bergelar pencipta kandungan.

Menurut Khairul Aming atau lebih dikenali sebagai KA, perjalanan awalnya bermula dengan sederhana apabila hanya merakam video masakan di rumah sewa tanpa mengetahui sama ada kandungannya ditonton atau tidak.

Advertisement

“9 tahun lepas I was alone dalam rumah sewa, buat video masak yang tak tahu ada orang tengok ke tak,” kongsinya.

Seiring peredaran masa, namanya semakin dikenali dan jumlah pengikutnya terus bertambah. Lebih menyentuh hati, ramai pengikut yang setia bersamanya sejak awal turut melalui perubahan hidup masing-masing seiring dengan perkembangan kerjaya KA.

Khairul menyedari ada dalam kalangan mereka yang dahulu masih belajar kini sudah bekerja, yang bujang sudah mendirikan rumah tangga, malah ada yang sudah bergelar ibu dan bapa.

“Ada yang dari zaman belajar now dah kerja, ada yang bujang sekarang dah kahwin, ada yang dah jadi mak ayah, dan ada juga yang dah pergi meninggalkan kita,” ujarnya.

Dalam masa sama, beliau berasa gembira apabila melihat ramai pengikutnya memasak resipi yang dikongsikan bersama keluarga tersayang.

Menurutnya, momen memasak dan meluangkan masa bersama keluarga memberi makna yang lebih besar daripada sekadar menghasilkan kandungan di media sosial.

“Saya dah tak boleh create moments ni dengan arwah ayah, tapi bila tengok korang happy masak dengan family, that means the world to me. Dari Malaysia ke seluruh dunia, terima kasih guys for everything,” tambahnya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Aqil Zulkiflee
2026-02-26 16:08:59

Didakwa Perlekeh Isteri Ketika 'Live', Aqil Zulkiflee Kalis Kecaman - "Haters Memang Tunggu Nak Kecam Aku"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...