Semalam, pempengaruh serta usahawan popular, Khairul Aming ada berkongsikan satu video memaparkan menu minuman manis yang boleh dicuba netizen untuk diminum waktu berbuka puasa.
Doktor pakar tegur menu air manis KA
Biarpun ramai yang terpegun dan mahu mencuba resepi air tersebut, Pakar Perunding Perubatan dan Nefrologi iaitu Dr Rafidah Abdullah berkata beliau hanya mengambil air kosong sebagai minuman ketika berbuka.
Malah, menegaskan air kosong turut boleh menghilangkan rasa haus serta mengurangkan risiko penyakit kronik.
Bukan hanya KA ‘diperli’ secara halus, bahkan pencipta konten makanan bernama Che Sayang Kitchen yang menghasilkan video menu yang mempunyai kandungan gula yang tinggi turut ditegur olehnya.
Hati-hati. Kandungan gula tinggi. Risiko kencing manis dan obesiti.
Akan terus beri kesedaran untuk jalani gaya hidup sihat
Dalam pada itu, beliau turut berkata akan terus memberi kesedaran kepada masyarakat untuk menjalani gaya hidup yang sihat dengan mengambil minuman serta makanan yang berkhasiat.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen tidak gemar dengan tindakan Dr Rafidah yang dianggap ‘memusnahkan’ kegembiraan pempengaruh-pempengaruh itu untuk berkongsi konten kepada umum.