Khairul Aming Didakwa Sombong? Tuan Badan Bersuara – “Ada Orang Cakap Susah Nak Hubungi, Takpelah Saya Reda”

Hiburan

Khairul Aming Didakwa Sombong? Tuan Badan Bersuara – “Ada Orang Cakap Susah Nak Hubungi, Takpelah Saya Reda”

Melalui platform TikTok, pempengaruh dan usahawan dikenali ramai iaitu Khairul Aming tampil menjelaskan dakwaan mengenai dirinya bersifat sombong susulan menolak tawaran luar.

Terima banyak tawaran untuk bekerjasama tapi..

Menurut Khairul Aming atau nama sebenarnya, Khairul Amin Kamarulzaman, dirinya kini menerima banyak tawaran daripada pelbagai pihak untuk bekerjasama.

Advertisement

Namun begitu, disebabkan sibuk menguruskan Dendeng Nyet Berapi dan Rendang Nyet Berapi, KA tidak dapat memenuhi semua permintaan.

Saya ada baca orang cakap susah nak dapat dan hubungi saya. Hari-hari saya dicari sekolah, universiti, NGO, media, agensi dan macam-macam. Dalam pada yang sama, saya adalah seorang usahawan. Bila saya berniaga, bangun pagi dah baca update tentang rendang, ayam masam dan elektrik di kilang.

@khairulamingfans_ Khairulaming pun manusia biasa macam kita jugak, ada limit & kekurangannya 🥹🙏🏻 @Khairulaming ♬ original sound – Fans KhairulAming

KA didakwa sombong

Walaupun ada yang mendakwa usahawan itu bersikap sombong, tetapi KA enggan mengambil pusing dan menerima dakwaan tersebut dengan hati yang terbuka.

Takpelah saya reda bila dikata sombong. Kawan-kawan sendiri pun kalau cari saya, seminggu lepas itu baru saya balas. Saya dah terbiasa kerja dari zaman sekolah.

Dalam pada masa yang sama, KA sempat memberi pesanan kepada orang ramai untuk kekal berusaha dengan tekun dan bijak mengejar kejayaan.

Kalau nak berjaya kena rajin. Tapi kena rajin yang berstrategi.

khairul aming rendang nyet
2025-08-25 13:52:04

Produk Laku Keras, Individu Pertikai Kesedapan Rendang Nyet KA - "Mak Saya Punya Rendang Lagi Better, Sorry Lah.."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...