Usahawan dan pempengaruh terkenal, Khairul Aming, mencuri perhatian ketika sesi live baru-baru ini apabila menjawab soalan netizen tentang perubahan bentuk badannya yang semakin berisi.
Menurut Khairul Aming, semuanya berpunca daripada proses R&D (penyelidikan & pembangunan) untuk produk terbaharunya, Rendang Nyet Berapi, yang mengambil masa berbulan-bulan.
Katanya,
Pukul jam 3 pagi saya makan Texas Chicken dulu, lepas tu esoknya terus kena merasa kualiti rendang dekat kilang. Campur minyak dan rendang, berapa ribu kalori pula tu.
Beliau turut berkongsi pengalaman lucu semasa menyunting teaser produk itu. Katanya, ketika itu dia merasakan dirinya kelihatan “handsome”, namun kini selepas melalui rutin R&D yang berat, semuanya sudah berubah.
Jangan tanya kenapa aku berisi, aku stres, aku kena R&D, aku kena makan banyak, tidur 2 jam. Aku menggemukkan badan kembali demi korang.
Perkongsian jujur Khairul Aming itu membuat ramai pengikut terhibur, malah ada yang memujinya kerana sanggup berkorban masa, tenaga, dan kesihatan demi memastikan produk keluarannya menepati citarasa pelanggan.