Sebelum ini, tular di laman Twitter mengenai ciapan seorang wanita yang mendakwa rakannya telah dipermainkan oleh penyanyi dan pelakon, Khai Bahar.
Menerusi ciapan tersebut, wanita berkenaan meluahkan rasa kecewa terhadap penyanyi berusia 28 tahun itu kerana seolah-olah menghilangkan diri selepas menabur pelbagai janji manis kepada rakannya.
Malah, dia juga meminta Khai atau nama penuhnya Muhammad Khairul bin Baharuddin untuk memohon maaf kepada rakannya itu.
Tampil memberi respon, Khai menjelaskan bahawa isu berkenaan hanyalah salah faham dan sudah menyelesaikan perkara itu secara baik.
Bila ada dakwaan saya pernah sakitkan hati wanita, saya rasa tak pernah sakitkan hati sesiapa.
Menurutnya lagi, dia tidak suka sekiranya mempunyai masalah dengan orang lain kerana tidak mahu hidupnya mejadi tidak tenteram.
Saya sendiri takut kalau saya pernah buat salah pada sesiapa sebelum ini. Bila saya nampak tweet itu tular, saya terus direct mesej tuan badan.
Dalam pada itu, penyanyi lagu Luluh itu turut mengakui tidak mengenali wanita yang membuat ciapaan mengenai dakwaan terhadap dirinya itu.
Saya tak kenal pun wanita yang tweet itu. Saya tanya dia apa masalah saya pada dia, kami bincang cara baik.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.