Khai Bahar Mohon Maaf : Tiada Niat Menghina Negeri Sarawak

Hiburan

Khai Bahar Mohon Maaf : Tiada Niat Menghina Negeri Sarawak

Jika anda aktif di media sosial dan tahu mengenai aplikasi popular Smule, tent sekali anda kenal dengan penyanyi baru Khai Bahar yang kini mula mencipta nama di dalam industri nyanyian Malaysia.

Advertisement

Baru-baru ini Khai ada muncul didalam program Malaysia Hari Ini (MHI) dan difahamkan Khai tersasul beliau mula aktif bernyanyi di Smule kerana tiada aktivi lain yang boleh dilakukan ketika beliau menetap di Sarawak.

Kenyataan Khai itu telah membangkitkan kemarahan pengguna media sosial terutama sekali penduduk negeri Sarawak.

Walaubagaimanapun, Khai menerusi akaun Instagramnya telah tampil memohon maaf dan menafikan beliau sengaja ingin menghina negeri tersebut.

Berikut penjelasan Khai di Instagram :-

Assalamalaikum… Khai minta maaf untuk semua warga Sarawak, Khai tidak ada niat untuk menghina negeri Sarawak. Khai sayang Sarawak, dah lama Khai stay sana. Cuma sedih bila korang cakap Khai menghina, Khai bukan nak pertahankan diri atau apa. Memang salah khai sebab tersasul perkataan mcm tu.  Khai tak bermaksud  langsung,khai tak paksa siapa-siapa untuk sukakan khai, just nak tahu kepada yang post video Khai , kenapa di cut video time tu?  Kenapa tak up full video? Sekali lagi saya minta maaf semua.. memang salah saya.

Rasanya selepas ini Khai perlu lebih berhati-hati ketika bercakap dan belajar lagi cara seseorang artis menjawab soalan daripada wartawan dengan lebih baik. Apa-apa pun, kita tidak boleh mempersoalkan niat Khai dan menghukum beliau.

Sumber Berita : Instagram Khai Bahar

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...