Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Khabir Bhatia

khabir bhatia

Siapa Khabir Bhatia? Kalau korang pernah menonton Sepi, Manjalara dan Setem, korang akan kenal dan familiar dengan style pengarah ni. Aku? aku memang dah lama tertarik dengan karya² beliau, style yang jelas berbeza dari filem² melayu lain kat Malaysia.

Advertisement

Khabir Bhatia, seorang pengarah berbangsa India yang memang original berasal dari India. Tetapi beliau berpindah ke Malaysia dan mendapat kerakyatan. Menurut story yang aku dengar, beliau sebenarnya hanya worktrip ke Malaysia, and then terpikat dengan Malaysia and decided untuk stay terus. Sangat talented, kalau korang tengok dari view yang betul dalam sebuah filem, korang akan nampak satu seni yang takde dalam filem typical melayu yang lain. Kelainan dan keunikan baru dalam filem melayu, dari macam² segi shooting, soundtrack dan storyline.

.

Kalau korang tengok filem Setem, kegempakan (hoho), every element ada dalam filem tu. Dari sudut sinematografi memang ketara gempak. Di tambah dengan storyline ala² Ocean Eleven. Sama jugak dengan filem² lain arahan beliau ; Sepi dan Cinta. Pada mulanya aku fikirkan filem ni takde beza dengan filem cinta melayu lain, tapi bila aku dah tonton, pandangan aku berubah. Filem ni berjaya bawak aku masuk ke dalam situasi,dan feel yang aku tak pernah ada dari filem romantik melayu sebelum ni.

Advertisement

“Super Funny. Worth every cents!!!!! Sangat mendukung prinsip 1 Malaysia! Semua bangsa utama ada kat dalam citer nie. Cakap Cina! Cakap Tamil! Cakap Omputih! Cakap Melayu! Memang Malaysia Flavour la. Lawak dia xsama ngan lawak senario mahupun apek!!! kalo siapa yang ada banyak stress tu pegi la tengok citer ni….Sure stress ilang!!!” – Agusted on Setem

Drama² yang beliau arahkan macam Kekasihku Seru, Manjalara pun tak kurang hebatnya. Aku fokus pada drama yang terkini, Nur Kasih. Ini bukan drama cinta biasa. Ini kisah cinta yang memang obvious berbeza dari drama melayu yang lain. Storyline (kalau korang tonton, serious memang unik habis), sinematografi dan warna gambar memang menyerlahkan drama dan talent Khabir Bhatia. Bagi aku hasil karya beliau semuanya masterpiece yang sangat berkualiti. Standing ovation for you Khabir.

Since Malaysia masih ketandusan dan perlukan pengarah filem yang berkualiti, beliaulah pengarah paling sesuai untuk succeeds arwah Yasmin Ahmad. Ada lagi yang sesuai? Ahmad Idham? grrr.

p/s : Kepada pengarah² lain, come on la, buat satu revolusi untuk filem tempatan, sampai bila filem kita nak stay di takuk yang lama. Sembelit.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...
To Top