Khabib Sedia Bertarung Dengan Penyokong Liverpool?

Dunia

Khabib Sedia Bertarung Dengan Penyokong Liverpool?

Kesian Khabib, kami pun bengang kalau jadi macam ni. Siapa tak kenal dengan juara UFC Khabib Nurmagomedov yang sebelum ini berjaya mengalahkan McGregor. Baru-baru ini Khabib dilaporkan hampir-hampi ingin memukul penyokong Liverpool yang dalam keadaan mabuk di Anfield.

1 year lalu

Menangis Selepas Catat Kemenangan, Khabib Nurmagomedov Umum Bersara

Advertisement

Khabib mengalami detik-detik itu sewaktu menonton perlawanan diantara Liverpool menentang Manchester City yang berakhir dengan keputusan 2-2. Khabib yang melihat perlawanankhbais itu di tempat duduk awam mengakui rasa kurang selesa kerana terpaksa berhimpit dan bersesak dengan penyokong yang mabuk.

“Jika saya keluar bersama rakan, saya kata ‘anda perlu perhatikan saya. Hari ini apabila saya ke Anfield, saya tersekat dalam kalangan ribuan penyokong Liverpool yang mabuk.”

“Saya tak boleh bergerak. Ia seperti trafik orang ramai, saya rasa tertekan. Ramai di antara mereka seperti, ‘ooh, Khabib’ tetapi mereka tidak memahami siapa saya. Sudah tentu saya rasa sangat tertekan dan saya sedia bertarung ketika itu.” – Katanya.

This image has an empty alt attribute; its file name is ee9bb43e-eee5-4887-a7b8-e34b3d535709_169.jpeg

Untuk pengetahuan korang, Khabib berada di tempat duduk penyokong Liverpool bukanlah kerana dia menyokong Liverpool. Khabib memaklumkan dia hanya suka menonton bola sepak dan melihat kehangatan perlawanan. Dia juga mengakui suka ke stadium bola sepak untuk menikmati kecantikan perlawanan.

“Suasana di Anfield sangat menakjubkan tetapi debaran perlawanan lebih hebat. Manchester, Liverpool saya tidak peduli, saya hanya sukakan bola sepak. Menyaksikan perlawanan ini tanpa berkelip mata. Anda boleh sokong mana-mana pasukan yang anda mahu.”

Apapun nasib baik malam tu tiada penyokong Liverpool yang balik rumah patah riuk, haha.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...