Khabar Gembira Buat Peminat Sukan Pemotoran, Tun Mahathir Mahu F1 Kembali Ke Malaysia

Trending

Khabar Gembira Buat Peminat Sukan Pemotoran, Tun Mahathir Mahu F1 Kembali Ke Malaysia

Ketika Perlumbaan Formula One (F1) mula-mula diadakan pada tahun 1999 di Litar Antarabangsa Sepang hasil idea Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Dr Mahathir Mohammad, seluruh rakyat Malaysia berbangga kerana mempunyai sebuah litar perlumbaan setanding negara luar.

f1

Advertisement

Namun, setelah 18 tahun litar tersebut bingit dengan deruman enjin kereta F1, ia akhirnya ‘bisu’ setelah kerajaan lama mengambil keputusan untuk menghentikan penganjurannya pada 2017 yang lalu.

Kerajaan yang telah membiayai penganjuran ini sekian lama, tidak mampu lagi membelanjakan sebanyak AS$67 juta setahun.

f1

Sejak itu, Litar F1 Sepang hanya dimeriahkan dengan perlumbaan Moto GP yang dikatakan mendapat sambutan hebat.

Dalam harapan tipis untuk rakyat Malaysia menyaksikan lagi perlumbaan sehebat F1 di tanah air sendiri, khabar gembira kedengaran setelah Perdana Menteri dalam kerajaan baharu, Tun Dr. Mahathir menyatakan mahu sukan permotoran berprestij itu kembali ke Malaysia.

Tun membuat kenyataan tersebut dalam ucapan ringkas selepas menerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat di Anugerah Sukan Permotoran Petronas SIC – Persatuan Permotoran Malaysia (MAM) 2018 di ibu kota malam tadi.

“Saya harap perlumbaan ini akan diteruskan pada masa depan dan saya harap Formula Satu dapat kembali dengan penuh gemilang,” katanya.

f1

Malah, Tun juga berharap agar Malaysia akan dapat menghasilkan lebih ramai pakar dalam sukan tersebut di mana bukan sahaja dari segi melahirkan pelumba, tetapi juga jurutera yang terlibat dalam sukan F1.

Kali terakhir perlumbaan F1 berlangsung di Sepang adalah pada tahun 2017 yang dimenangi oleh Max Verstappen yang beraksi untuk pasukan Red Bull TAG-Heuer.

Sumber Berita: Berita Harian Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...