Khabar Angin Minum Alkohol Boleh Elakkan Jangkitan COVID-19 Telah Mengorbankan 44 Rakyat Iran Akibat Keracunan

COVID-19

Khabar Angin Minum Alkohol Boleh Elakkan Jangkitan COVID-19 Telah Mengorbankan 44 Rakyat Iran Akibat Keracunan

Hanya kerana kepercayaan karut yang muncul dalam masyarakat, Iran kini berhadapan dengan kes keracunan alkohol yang kini sudah mencatatkan angka kematian sebanyak 44 orang. Keracunan alkohol itu berlaku selepas ada yang minum alkohol yang diproses secara haram.

Orang ramai terdorong untuk mengambil langkah tersebut bagi melindungi diri mereka daripada jangkitan COVID-19 yang kini merekodkan kes tinggi di Iran. Kadar keracunan tertinggi dilaporkan di wilayah Khuzestan, di mana 16 kematian dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan 44 maut setakat ini.

Advertisement

Malah ada yang minum arak buatan sendiri selepas khabar angin ianya boleh mengubati dan menghindari jangkitan coronavirus itu.

keracunan alkohol

Malangnya, jumlah kematian daripada keracunan alkohol ini di Khuzestan adalah lebih tinggi daripada angka kematian yang disebabkan oleh COVID-19 dengan hanya 18 kematian di wilayah tersebut. Wilayah Khuzestan menerima kes keracunan alkohol paling tinggi di Iran setakat ini.

keracunan alkohol iran

Penjualan alkohol di Iran adalah diharamkan sama sekali kecuali untuk kumpulan minoriti yang bukan beragama Islam. Tetapi sejak kebelakangan ini, media tempatan sering kali melaporkan kes keracunan alkohol akibat meminum arak buatan sendiri.

Penularan wabak COVID-19 di Iran telah menjangkiti lebih 8,000 orang di 31 wilayah di negara itu. Berdasarkan laporan yang diterima, Iran kini mencatatkan 291 kematian disebabkan oleh wabak itu yang menyebabkan rakyat Iran kini mengambil langkah berjaga-jaga.

Artikel berkaitan: Iran Batalkan Solat Jumaat Untuk Cegah Jangkitan COVID-19

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...