August 16th, 2018

Agak terkejut juga kami bila mendengar khabar angin pelakon Elfira Loy dikataan sudah bankrap. Mana tidaknya, selama ini kita lihat hidupnya agak mewah juga, beli kereta Mercedes dan paling viral apabila beliau berhabis sehingga RM10,000 untuk barang make up di Sephora Los Angeles hanya dalam masa satu jam.

Menerusi laman forum CARI dan akaun Instagram seorang wanita yang dikenali sebagai Erynnelle, ada terdapat foto surat mahkamah mengenai kes perbicaraan berhubung isu bankrap tersebut dan fail notis muflis.

Ada juga dakwaan mengatakan Elfira sebenarnya lari dari bayar hutang.

Kami pun tidak pasti dengan kesahihan berita tersebut ataupun punca sebenar mengenai isu bankrap ini. Hal ini tidak boleh dibawa main-main, kalau bankrap tidak boleh lagi ke luar negara dan pelbagai urusan lain boleh tergendala. Jadi sebelum isytihar seseorang itu bakrap perlulah disertakan dengan bukti yang kuat dan bukan rekaan semata-mata, kalau tidak boleh kena saman malu.

Sumber Berita : Forum CARI & Instagram Erynnelle


34 responses to “Khabar Angin Elfira Loy Bankrap Bertiup Kencang, Peminat Tunggu Penjelasan”

  1. peratijangantakperati says:

    El ni sama je dgn bapak dia…byr hutang org liat.

    aku knal bapak dia..dah la menipu sedara aku kat kedah untuk bukak company,
    duit abis dia pun lesap.bahagian share partner abuk pun tk dpt…

    tak berkat la hidup

Loading...