Kg Sungai Baru : Khalid Samad Saman Rafidah Ibrahim – “Tolong Beza Maksud Leasehold Dan Tanah Rizab”

Berita

Kg Sungai Baru : Khalid Samad Saman Rafidah Ibrahim – “Tolong Beza Maksud Leasehold Dan Tanah Rizab”

Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad menegaskan beliau tetap akan meneruskan tindakan saman terhadap aktivis penduduk Kampung Sungai Baru, Rafidah Ibrahim yang didakwa mengeluarkan kenyataan mengelirukan berhubung status tanah di kawasan tersebut.

Peguam Khalid, Zulhazmi Shariff memaklumkan bahawa saman itu telah diserahkan melalui pelbagai kaedah selepas Rafidah enggan menerima serahan secara terus.

Advertisement

Khalid Samad

Kami telah melakukan serahan ganti termasuk melalui siaran akhbar, tampalan di mahkamah dan di kediamannya. Mahkamah telah menetapkan 29 September ini untuk pengurusan kes, namun sehingga kini beliau masih gagal memfailkan kehadiran.

Menurut Zulhazmi, sepatutnya Rafidah hadir ke mahkamah pada 12 September lalu, namun perkara itu tidak berlaku. Justeru, pihaknya akan memfailkan perakuan ketidakhadiran serta memohon penghakiman ingkar selain menentukan tarikh taksiran ganti rugi.

Sepatutnya pada 12 September lalu beliau hadir, tetapi tidak. Oleh itu, kami akan memfailkan perakuan ketidakhadiran dan memohon penghakiman ingkar selain menentukan tarikh taksiran ganti rugi.

Dalam masa sama, Zulhazmi turut merayu agar Rafidah tampil ke mahkamah untuk menjelaskan sendiri dakwaan yang telah dibuatnya.

Sementara itu, Khalid menafikan dakwaan kononnya Kampung Sungai Baru merupakan sebahagian daripada Tanah Rizab Melayu. Beliau menjelaskan kawasan itu sebenarnya hanya wujud sekitar tahun 1960-an selepas proses pelurusan sungai dijalankan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2025-09-11 15:34:03

"Rafidah Ambil Duit, Tak Ambil Pampasan 2 Unit Kondo Yang Diberikan"- Salah Seorang Pemilik Rumah Kg Sungai Baru

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...