KFC adalah salah satu makanan feveret Abang Nara sejak zaman kanak-kanak lagi. Keenakan ayam goreng KFC memang tiada tandingan. Baru-baru ini pun ketika menyambut hari jadi Aariz, KFC telah menjadi salah satu hidangan yang Abang Nara sediakan kepada para tetamu. Bukan kanak-kanak je, orang tua pun berebut-rebut nak makan . Hebat tak hebatlah penangan KFC ini.
Satu benda yang wajib Abang Nara lakukan setiap kali pergi ke KFC ialah melihat pilihan yang tersedia di dalam menu. Dan setiap kali juga Abang Nara dikecewakan kerana KFC Twister masih tiada di dalam menu. Selain ayam goreng, KFC Twister adalah salah satu feveret Abang Nara. Sedap tue makan daging ayam kepingan Zinger yang disaluti dengan roti tortila lembut beserta sayur-sayuran yang fresh. Ah!!! Terbayang-bayang sampai meleleh air liur dibuatnya.
Abang Nara dah pun hilang harapan untuk merasai sekali lagi keenakan dan kesedapan KFC Twister. Dah lama tunggu tak muncul-muncul. Abang Nara dah berhenti berharap. Sedih, kecewa, ketagih, marah dan rasa nak nangis pun ada. Hampir-hampir murung Abang Nara dibuatnya. Makan tak lalu, tidur tak lena, mandi tak basah.
Namun bak kata orang, jangan pernah kita berputus asa. Jangan kita pernah berhenti berharap. Impian, cita-cita dan harapan kita pasti akan tertunai jika kita terus sabar menanti. Akhirnya, pada 21 Februari lalu, KFC Twister telah membuat kemunculan semula untuk mengubati kerinduan jutaan para peminatnya.
Dan comeback KFC Twister kali ini bukan calang-calang. Ia hadir dengan 2 rasa baharu yang pasti membuatkan Abang Nara tidak dapat mengawal selera makan ini (sambil taip nie pun air liur dah meleleh). Sukar nak buat pilihan di antara KFC Twister Hot & Zesty dengan sos Creamy Chili Lime dan juga KFC Twister Cheezy dengan sos Cheezy Mayo. Kedua-duanya nampak menyelerakan yang amat. Ya Allah kau berikanlah kekuatan padaku untuk tidak tamak haloba pergi order dua-dua.
Paling best tentang KFC Twister baharu ini adalah harganya yang amat berbaloi-baloi. Ala carte cuma RM6.50 sahaja. Kalau beli kombo pun baru RM9.90. Tak sampai sepuluh ringgit pun. Namun untuk pencinta setia KFC Twister macam Abang Nara ini, sudah tentulah akan memilih KFC Double Twister Combo yang berharga RM14.90. Confirm kenyang dan confirm berbaloi-baloi KFC Double Twister Kombo ini. Puas hati dapat makan kedua-dua KFC Twister baharu dalam satu hidangan. Tak sabar sungguh!!!
Di saat Abang Nara menaip artikel ini, gelojak di dalam diri sudah tidak mampu ditahan. Memang kena pergi try makan KFC Twister hari ini jugak. Abang Nara nak siap-siap untuk pergi ke KFC berdekatan sekarang jugak. Nanti bila dah try, Abang Nara akan kongsikan dengan korang kelazatan dan keenakan KFC Twister ini. Sementara itu, korang layan dulu video KFC Twister baharu ini untuk membuatkan air liur anda meleleh lagi.
Maklumat lanjut boleh layari https://twister.kfc.com.my/bm/. Selamat makan!!!