Sejak dari kecil lagi ayam goreng kegemaran kita pastinya KFC. Mana tidaknya setiap kali mak dan ayah gaji, mereka akan bawa kita pergi KFC.
Bukan itu sahaja, sambutan hari jadi kita disambut di KFC, senang cerita KFC dihatilah zaman kita kecil-kecil dulu.
Dan masih ingatkah anda, jika beli ayam goreng KFC pasti kita nak permainan yang dijual sekali. Kalau tak dapat menangis satu kedai dengar, terpaksalah jugak mak ayah kita belikan.
Apa yang menariknya sekarang, KFC akan menjual baju untuk koleksi khas mereka.
11 item akan dihasilkan untuk koleksi ini termasuklah jaket, hoodie, baju tshirt, bucket hat dan pin baju.
Kepada anda yang berminat dengan koleksi ini, KFC akan menjualnya secara rasmi pada 5 September ini di butik Major Drop, Sunway Pyramid.
Lain macam KFC sekarang, pasti ramai serbu ini. Siapa cepat dia dapatlah kan?
Sumber: Instagram