KFC AS Sedang Menguji Menu Ayam Goreng Diapit Donat Sira

Trending

KFC AS Sedang Menguji Menu Ayam Goreng Diapit Donat Sira

Kentucky Fried Chicken (KFC) pernah muncul dengan menu-menu terbaru yang tidak dijangkakan. Ada yang bagus, ada yang tidak begitu mendapat reaksi yang baik. Kalau di Malaysia, KFC pernah muncul dengan variasi ayam pedas Korea, perisa telur masin dan juga perisa cili hijau.

Advertisement

Tetapi di Amerika Syarikat, beberapa outlet sedang menguji menu sandwic ayam goreng menggunakan dua donat yang disira dengan gula.

Pelanggan boleh memilih untuk menikmati sandwic donat dengan filet ayam goreng mahupun ayam goreng bertulang, dan harganya bergantung pada jenis ayam yang dipilih.

Kombo manisan dan savori ini bagaimanapun hanya diuji di KFC  Norfolk, Richmond, Virginia dan Pittsburgh.

Netizen memberi reaksi bercampur-baur mengenai menu ini.
Bornwithadarkt1 mengatakan:

Saya mahukan sandwic kematian ini!

Trashlord mengatakan:

Diabetes yang lazat dalam satu gigitan.


Bagaimanapun, seorang YouTuber mengatakan yang ianya tanpa disangka-sangka memang sedap, cuma menimbulkan rasa mengantuk kerana paras gula dalam darah naik dan rasa kenyang. Dia juga mengatakan ia bukan untuk dimakan berkali-kali.

Jika ia dijual di Malaysia, adakah anda ingin mencubanya? – amazingnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...