Keyakinan Diri Adalah Perkara Paling Utama Dalam Hidup Ini

Hiburan

Keyakinan Diri Adalah Perkara Paling Utama Dalam Hidup Ini

Confidence. Keyakinan. Bagi Abang Nara, keyakinan adalah perkara yang paling penting dalam kehidupan ini. Tanpa keyakinan, sukar untuk kita berjaya. Kita perlu yakin untuk bercakap di khalayak ramai, perlu yakin ketika membuat suatu kerja dan perlu yakin dengan kebolehan diri kita sendiri. Sebab itu dulu Abang Nara ada tulis satu entri yang bertajuk “Untuk berjaya , bukan perlu lulus periksa sahaja, kita perlu…”.

Advertisement

Dan kerana menyedari kepentingan keyakinan inilah, Proton Persona dan DJ Aanantha bergabung tenaga untuk menghasilkan video klip di atas yang bertajuk “Thannambikkai’. Thannambikkai itu sendiri bermaksud confidence dan rentak lagu ini memang upbeat, laju dan mempunyai lirik yang mampu menaikkan confidence seseorang.

proton persona

Kalau anda perasan, dalam video Thannambikkai ada 3 kanak-kanak yang nampak sangat berkeyakinan menari dan menyanyi bersama-sama dan DJ Aanantha. Ini semua ialah hasil bengkel “Persona – Talent Workshop”, yang telah memilih 3 kanak-kanak ini daripada 21 kanak-kanak yang mengikuti bengkel 2 hari untuk membangkitkan keyakinan untuk menunjukkan kehebatan mereka menerusi teater dan seni.

proton persona

3 kanak-kanak bertuah ini kemudiannya telah dilatih oleh DJ Aanantha dan dance instructor daripada The Actor Studio selama sebulan. Memang penat tetapi hasilnya ialah keyakinan jelas terpancar daripada raut wajah mereka di dalam video di atas. Abang Nara tabik spring dengan kempen “Persona – Better Undoubtedly” sebab bukan mudah untuk menanam confidence di dalam diri seseorang terutamanya kanak-kanak.

proton persona

Tambah mengkagumkan Abang Nara ialah, lagu Thannambikkai dicipta khas oleh DJ Aanantha untuk kempen Proton Persona ini. Dan tambah menarik, anda jugak boleh membeli DVD ini sekaligus membantu 3 buah sekolah yang dipilih. Jangan risau sebab 100% hasil penjualan DVD yang mengandungi 5 chapter ini akan digunakan sepenuhnya untuk membantu perkembangan muzik dan seni di 3 buah sekolah tersebut. Sambil membeli DVD bernilai RM20 ini sambil-sambil kita menderma.

proton persona

Anda boleh dapatkan DVD ini di Kuala Lumpur Performing Arts Centre (KLPAC), The Actors Studio kat  Lot 10 Rooftop dan Temple of Fine Arts. Kalau nak beli online, boleh beli di laman web Lifestyle Proton. Rm20 ringgit anda sangat bernilai kerana ianya akan digunakan untuk memastikan kanak-kanak ini dapat melatih membina keyakinan mereka menerusi muzik dan seni di sekolah masing-masing.

proton persona

Mungkin anda pernah bercita-cita untuk menari seperti gambar di atas ketika anda kecil dahulu tetapi tidak dapat melakukannya kerana tidak mendapat bimbingan yang sepatutnya. Walaupun anda tak berjaya, apa salahnya membantu kanak-kanak hari ini yang bercita sama seperti anda dahulu? Proton Persona sudah menjalankan tanggungjawab mereka melalui kempen “Persona – Better Undoubtedly”, anda pula bagaimana?

proton persona

More info di laman web Proton Persona.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...