Kevin Zahri Luah Rasa Syukur Akhirnya Khatam Al-Quran Pada Usia 37 Tahun

Hiburan

Kevin Zahri Luah Rasa Syukur  Akhirnya Khatam Al-Quran Pada Usia 37 Tahun

Selepas beberapa tahun mengambil inisiatif untuk kembali membaca Al-Quran, akhirnya personaliti TV, jurulatih kecergasan serta perunding makanan iaitu Kevin Zahrin meluahkan rasa syukur kerana sudah berjaya khatam Al-Quran pada usia 37 tahun.

Kevin berkongsi berita gembira tersebut melalui  fanpage Facebook miliknya dan nyata ramai peminatnya merasa bangga dengan pencapaian Kevin.

Advertisement

Alhamdulillah. At almost 37 yers old, I finally managed to khatam Quran for the very 1st time. Ambil masa 2 tahun dgn kelas mengaji 2 kali seminggu. Jutaan terima kasih to Ustazah @shielaezan for getting me this far.

Made it more special yang hari ini merupakan hari jadi ke 70 arwah ibu saya yang dah lama meninggal. Alhamdulillah #azam2015 #khatam. Insyallah tidak berakhir di sini. Sambung lagi minggu depan.

Kevin juga ada menjelaskan bahawa beliau yang dibesarkan di Jerman dan hanya berpindah ke Malaysia ketika umurnya 13 tahun mengakui kurangnya pendekatan untuk membaca Al-Quran.

Kekangan kerana sering berpindah  ke beberapa sekolah berasrama juga membuatkan usahanya untuk cuba khatam Al-Quran terbantut.

Namun setelah mendirikan rumah tangga Kevin telah memasang azam serta bertekad untuk kembali mengaji bermula dengan muqaddam atas bimbingan Ustazah Shiela Ezad sejak tahun 2011 lagi.

Satu berita yang amat menggembirakan sekali dan mampu memberi semangat untuk sesiapa sahaja di luar sana yang belum khatam Al-Quran untuk memulakan langkah ke arah tersebut. Tidak kisah jika anda sudah berumur sekali pun.

Sumber Berita: Facebook Kevin Zahri

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...