Kementerian Undang-Undang Singapura dalam satu kenyataan pada pertengahan bulan ini mengumumkan pengharaman penjualan Android Box dan Android TV bagi mengelakkan pengguna mempunyai akses kepada kandungan hiburan yang dianggap sama seperti cetak rompak.
Tujuan mereka mengharamkan Android Box adalah kerana ingin melindungi Hak Cipta sesebuah karya.
Pihak Maybank Investment Bank (IB) mempercayai jika Malaysia meluluskan undang-undang yang sama mengharamkan Android Box di negara ini, pihak tv satelit popular, Astro Malaysia Holdings Bhd akan mencatat keuntungan tahunan yang lebih tinggi. Malah, Maybank Investment Bank turut mengeluarkan analisis ringkas mengenai situasi tersebut.
Apa pula pendapat anda jika Android Box diharamkan di Malaysia?