Keunikan Danau Toba yang Pasti membuatkan anda Jatuh Cinta

Hiburan

Keunikan Danau Toba yang Pasti membuatkan anda Jatuh Cinta

Percutian ke Sumatera Utara pasti akan menjadikan anda terbuai dalam keindahan alam sekitarnya. Banyak sebenarnya tarikan semulajadi yang pasti menjadi destinasi impian para pencinta alam semulajadi. Jom kita tengok!

Danau Toba

Advertisement

Pernahkah anda dengar tentang Danau Toba?

image

Danau Toba ialah sebuah tasik yang terbesar di Indonesia dan Asia Tenggara, serta merupakan salah satu tasik paling dalam di dunia. Dengan keluasan sebesar 1,145 km persegi, tasik ini terbentuk oleh letusan hebat Gunung Toba sekitar 74,000 tahun lalu. Danau Toba menyimpan sejuta keindahan alam yang wajib anda jelajahi.

Salah satu lokasi yang sangat sinonim dengan Danau Toba ialah Pulau Samosir. Terletak ditengah-tengah Danau Toba, pulau ini memiliki dua danau, iaitu Danau Sidihoni dan Danau Aek Natonang. Jika anda berpeluang menjejakkan kaki ke sini, anda pasti merasakan kemesraan orang Batak yang cukup peramah. Selain itu, anda boleh menyewa basikal atau skuter untuk melihat sekitar Pulau Samosir dan melihat perkampungan rumah tradisional kaum Batak.

Air Panas Sipoholon

Air_Panas_Sipoholan

Sumber air panas dari bukit batu kapur Bukit Martimbang yang terletak tiga kilometer dari pusat bandar Tarutung. Suhunya boleh mencecah 40 hingga 70 darjah celsius Kandungan soda dan belerang yang tinggi dikatakan bagus untuk menyembuhkan penyakit kulit.

Bukit Gundaling

Bukit_GUndaling

Bukit Gundaling terletak 3 kilometer dari bandar Berastagi. Dari Bukit Gundaling anda boleh melihat keindahan sekitar bandar berastagi dari puncak bukit. Ini adalah lokasi yang terbaik untuk melihat matahari terbit dan terbenam. Anda juga boleh menjelajahi sekitar kawasan bukit dengan menaiki kuda atau kereta kuda (sado).

Air Terjun Sipiso Piso
Air_Terjun_Sipiso_Piso

Air Terjun Sipiso Piso merupakan salah satu air terjun tertinggi di Indonesia dengan ketinggian 120 meter. Nama Sipiso diambil dari perkataan pisau kerana bentuk air terjun-nya seperti pisau yang tajam

Jika anda seorang yang ekstrem dan ingin melihat keindahan air terjun dengan lebih dekat, anda boleh turun ke dasar melalui trek yang disediakan. Perjalanan ke dasar air terjun ini agak mencabar kerana treknya yang lebih curam dan akan mengambil masa lebih kurang 30-45 minit.

Sibolga

Sibolga

Sejurus sampai di Sibolga anda pasti akan terpesona dengan pemandangan lautan yang amat biru! Bandar yang terletak dipesisir pantai berdekatan lautan Hindi ini dikelilingi beberapa pulau yang masih terpelihara sumber alamnya dan kebanyakannya masih tidak berpenghuni. Jika anda ke sini, jangan lepaskan peluang berkunjung ke Pulau Mursala.

Pulau Mursala terletak lebih kurang 22.5 km dari bandar Sibolga anda boleh menaiki bot laju selama satu jam atau bot biasa selama 3 jam. Kalau anda nak tahu, pulau ini merupakan salah satu lokasi pengambaran filem hollywood, KingKong.

Salah satu lokasi yang menjadi ikon ialah Air Terjun Mursala, yang jatuh terus ke dasar laut.

air_terjun_mursala

maxresdefault

Selain itu, pulau ini menyimpan khazanah dasar laut yang dihuni pelbagai spesis hidupan laut yang unik dan terumbu karang yang sangat cantik dan sesuai untuk para penyelam.

Bersantai di tepi pantai

Jika anda lebih gemarkan aktiviti air atau inginkan suasana istirehat yang lebih tenang, terdapat beberapa pantai yang pasti membuatkan anda sukar untuk membuat pilihan. Ini tiga pantai pilihan kami.

Pantai_Bulbul

Terletak di pinggir Danau Toba, Pantai Bulbul merupakan pantai air tawar dengan pasir putih yang bersih dan landai. Ia cukup sesuai untuk beristirehat bersama keluarga kerana kedalaman air yang cetek, sesuai untuk anak-anak kecil bermandi-manda.

3837_Parapat-_View

Selain itu, anda boleh berkunjung ke Pantai bebas atau Free Beach Parapat yang merupakan lokasi swafoto wajib untuk seiapa yang mengunjungi Danau Toba- terdapat tulisan ‘i love danau toba’.

Puncak-_Bukit-_Paropo-_Silahisabungan-2

Pantai Silalahi merupakan salah satu pantai di Danau Toba yang menjadi pilihan pelancong untuk bermandi-manda kerana airnya yang cukup sejuk! Kalau anda berminat., mereka juga menyediakan bot-bot kecil untuk membawa pelancong ataun pengunjung mengelilingi sekitar pantai dan Danau Toba.

Lokasi-Lokasi ‘Instagrammable’

Bukit Indah Simarjarunjung

Bukit_Indah_Simarjarunjung

Bukit Indah Simarjarunjung adalah antara salah satu tarikan pelancongan untuk melihat panorama Tasik Toba. Lokasi ini menjadi makin popular selepas rumah pokok dibina. Anda boleh berswafoto di atas rumah pokok yang berlatarbelakangkan gunung-ganang dan kehijauan Danau Toba. Kalau anda lebih sukakan aktiviti yang mencabar, anda boleh cuba flying fox, skywing dan basikal gantung.

Nantampuk Mas Nest

Wisata-_Puncak-_Sidiangkat-_Dairi

Ingin merasai pengalaman seperti berada di dalam sarang? Pastikan anda berkunjung ke Nantampuk Mas Nest! Tarikan utamanya ialah sarang burung ‘gergasi’, jadi memang cukup sesuai untuk anda bergambar dan terus upload ke laman sosial.

Sapo Juma Tongging

Sapo_Juma_Tongging

FHD0265

Anda boleh bermalam di villa ini jika berkunjung ke Daerah Tongging-Bangun. Pemandangannya yang dipenuhi bunga yang berwarna-warni serta dikelilingi taman yang cukup dijaga rapi pasti menjanjikan suasana yang tenang dan damai untuk anda

Penerbangan terbaru Air Asia dari Kuala Lumpur terus ke Lapangan Terbang Antarabangsa Silangit yang terletak di Siborongborong Sumatera Utara, pasti mengujakan kerana anda tidak lagi perlu pergi ke Danau Toba melalui Medan atau Lapangan terbang Kualanamu.

Dengan tambang serendah RM0.10,anda boleh mula merancang percutian ke Danau Toba dengan menempah penerbangan sehala di AirAsia.com. Promosi ini akan berakhir pada 19 Ogos, jadi tunggu apa lagi?

Layari www.airasia.com dan rancang perjalanan anda sekarang.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...