Keunikan Alam Semulajadi, Taiping Dinobatkan Antara 3 Bandar Terbaik Dunia

Trending

Keunikan Alam Semulajadi, Taiping Dinobatkan Antara 3 Bandar Terbaik Dunia

Tidak asing lagi jika disebut nama Taiping oleh rakyat negara ini. Antara bandar terbesar Perak iaitu Taiping memasuki senarai Sustainable Top 100 Destination dalam kategori ‘Best of Cities’ di Berlin.

Advertisement

Berita tersebut dikongsi oleh Majlis Perbandaran Taiping (MPT) melalui satu kenyataan yang dimuat naik di laman web rasmi agensi kerajaan tempatan tersebut.

“Kejayaan ini merupakan kejayaan bersama seluruh komuniti Taiping, agensi serta kakitangan MPT yang berusaha menjaga kelestarian daerah ini.” kata Datuk Abd Rahim selaku Yang Dipertua Majlis Perbandaran Taiping.

“Seperti yang telah diumumkan pada bulan Disember tahun lalu, Taiping telah tersenarai antara 100 destinasi lestari 2018 oleh Green Destinations bagi mengiktiraf usaha pelbagai pihak dalam mewujudkan industri pelancongan yang lebih bertanggungjawab terutama bagi kelestarian alam sekitar.

”Pengiktirafan tersebut adalah bagi tahun 2018 hingga 2020,”kata kenyataan tersebut itu lagi.

Mendahului Taiping adalah Kota Ljubljana (Solevenia) di tempat pertama dan Vancouver (Kanada) di tempat ke-2.

Antara kelebihan-kelebihan Bandar Taiping menurut pihak penganjur adalah mempunyai elemen-elemen alam semula jadi yang sangat indah seperti gunung-ganang, kawasan tasik dan kehidupan liar.

Sumber : Suaraperak,

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...