Written by AbangNara | November 28th, 2013

Semakin hampir pada penghujung tahun 2013, semakin banyak kisah sensasi dunia hiburan tanah air Malaysia. Siapa sangka Johan As’ari akan bercinta dengan Lana Nordin? Memang tak pernah terfikir. Memang betullah jodoh itu sudah ditetapkan. Selama ini semua orang menyangka yang Johan bercinta dengan Shila Amzah, tup-tup Lana Nordin yang akhirnya mendapat cinta daripada si jejaka itu.

lana nordin dan johan as'ari

Sebelum ini, Lana Nordin memang tidak pernah dikaitkan mempunyai hubungan cinta dengan sesiapa. Setakat yang Abang Nara tahu, kontroversi yang melanda Lana hanya mengenai pemakaiannya yang ketat dan seksi. Namun hati Lana terbuka untuk menerima Johan selepas melihat ketulusan hatinya. Kata Lana kepada Berita Harian:-

Saya nampak ketulusan hatinya. Walaupun terkejut, saya sebak apabila dia menyatakan alasan mahu

menjadikan saya isteri. Sebagai wanita, saya memang mencari pembimbing yang boleh membimbing. Doa saya dimakbulkan apabila dipertemukan dengan Johan.

Ketika dia meluahkan perasaan, saya hanya memintanya bertemu terus dengan keluarga andai benar benar serius. Dia bukan main main. Sebagai wanita, lebih manis kalau Johan saja berbicara soal tunang dan berkahwin.

lana nordin dan johan as'ari

Johan dan Lana kini sudah pun menggunakan kata ganti diri “baby” dan “sayang” apabila bercakap sesama sendiri. Malah Lana juga tidak akan memakai skirt pendek selepas ini. Nampaknya Johan sudah mula membimbing Lana ke jalan yang benar. Kata Johan:-

Saya berkawan dengannya bukan main-main. Saya tahu, dia juga mendambakan calon suami yang boleh membimbingnya. Kami akan sama-sama belajar untuk menjadi insan yang lebih baik.

Biarpun berbeza usia, dia menghormati saya. Andai kami disatukan, hanya tiga perkara yang saya pinta iaitu taat kepada Allah, Rasullah dan suami. Itu saja.

Abang Nara yakin ramai yang terkejut, kecewa dan pelik dengn keputusan Johan As’ari ini. Iyerlah, nampak bercinta dengan orang lain, tiba-tiba orang lain yang jadi pilihan. Namun itulah namanya jodoh. Apa pun, diharap Johan sudah melakukan solat istikarah sebelum membuat apa-apa keputusan. Kalau memang Lana yang terbaik, pedulikanlah kata orang lain. Hidup anda, isteri anda. Selamat menempuh alam percintaan dan seterusnya berumahtangga bersama Lana Nordin.

P.S: Toyota Previa (Estima) sudah tiba di Malaysia

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

213 responses to Ketulusan Hati Johan As’ari Pikat Lana Nordin

  1. Anonymous says:

    Johan dah google images Lana Nordin ke ? Nak bersama bukan sebulan dua tapi sampai ke tua. Yang penting dapatkan restu kedua ibu bapa.

    • minah jambu merah biru says:

      yg penting johan iklas ngan lana…semoga bahgiaaaa….tk semesti pompan yg berpakaian seksi tu dia tk boleh urus rumah tangga n jaga makan minom laki di satu hari nanti tol takkkkkkkkkkkkk..

  2. Triple J says:

    “Dalam Islam jika nak cari calon isteri, kita kena lihat pada empat perkara iaitu paras rupa cantik, berketurunan baik, harta dan juga agama. Bagi saya, Shila ada keempat-empat kriteria tersebut.” – Johan.

    Hmm rupa cantik tu maybe la. Keturunan baik dan harta tu wallahualam. Tapi agama? Hmm.

  3. aaaaaa says:

    semoga jodoh mereka berpanjangan..ameen..lg pn sape kita nk menafikan jodoh yg dh dtentukan oleh Allah s.w.t?? pade yg rase termalu n syok sndri 2,,dh2 la jd btu api..klaw org dh xnk,, xnk le yg ko nk mntak simpati bagai nape..

  4. Say No says:

    Shila ni kecik kecik cili padi. Umur muda lagi dah macam gatal jantan. Kawan sikit nak couple. Chill la. u r still young. Banyak lagi benda kau boleh achieve n explore. Kau ingat kahwin senang ke? Mungkin ko kat China homesick kot..aku pun dulu dok oversea, time rindu family kat msia xpun meroyan kt twitter or ig, aku g minum starbucks duk bawah pokok ambik angin dgr ipod. Best pe! kat Msia keluar umah pun dah basah ketiak!

  5. Anonymous says:

    Baik sangat ke si Johan ni ? Seolah-olah hanya Johan mampu merubah si Lana. Dah macam parents Lana failed their duty.

    To Lana, berubahlah kerana Allah. In sya Allah

  6. kiki says:

    mcm kes mawi dgn ikin je.. alhamdulillah sampai sekarang bahagia even mcm2 tomahan masyarakat masa diorang bercadang nak nikah.. cubalah matang warga Malaysia… seseorang masa zaman jahilnya, jgnlah dikeji, tapi bagi sokongan supaya berubah ke arah yg lebih baik.. kita sendiri pun xtau akhlak kita ni baik sampai ke liang lahad ke tak…

  7. faiz says:

    bertudung litup tutup aurat pun ada jugak yg masih belum perfect…tak matang pun lagi..shila pun muda lagi,kerjaya sdg berkembang,perjalanan masih jauh…jodoh shila dgn orang lain, mungkin johan sengaja memilih perempuan yg usia lebih matang..terfikir jugak dengan yg pakai tak cukup kain,sendat mendat semuanya siapa yg nak bimbing?besar pahalanya dpt membimbing seorang perempuan yg jahil menjadi isteri yg solehah…

  8. adeqhe says:

    Apa2pun Johan jodoh milik tuhan..Allah lebih mengetahui. Sapa kita nak pertikaikan? Percintaan lepas kawenpun indah jugak…Dia lebih tau kenapa Lana jd pilihan dia.Semoga kekal jodoh..jgn ckp jer pum pang pum pang last skali x jadi kawen.

  9. bukan noah says:

    mana si ND Lala??? itu la pak ND oiii, dulu si Sharnaaz betul2 nak kan anak kau, betul2 sayang anak kau, kau sombong, bongkak. mentang2 si shila masa tu tengah up. kau reject habis2 mamat tu. sekrang orang lain reject anak kau pulak. sekali lagi makan hati anak kau tu. HAMEEKK KAU!

  10. LadyGagap says:

    ” Jodoh kekadang datang melalaui jalan yang tidak diduga . Selalunya dekat tetapi tidak perasan”
    Percayalah , tiba masanya nanti akan muncul orang yang istimewa yang betul0betul sayangkan kita.. jadi kita kena sabar .. tak rugi tunggu orang yang istimewa itu …

    Jodoh Itu rahsia Allah , sejauh mana kita ni merancang kalau da tertulis bukan jodoh kita , tetap BUKAN ..

  11. MAXMORA says:

    Jangan percaye lah ini sume..gimik je..Si Johan ni banyak kali jugak tipu orang ye..dah mulalah aqu menyampah kat kau!! Lana tu tot..tot..

  12. pcb says:

    oklatu..manatahu..niat Johan ikhlas nak ubah Lana jadi lebih baik..
    ini soal jodoh..macam korang. harini suka kat pakwe sendiri..mana tahu esok Allah balikkan hati suka kat org lain..conthnyalah..
    Lana tu mmg dah ada imej buruk..tapi setiap manusia mesti ada kebaikan dan keburukan..xkanlah takda sekelumit pun kebaikkan kat sisi dia kan…
    Rahsia Allah semua ni..

  13. Ntah la..... says:

    Lelaki yg baik untuk perempuan yg baik. kalu johan baik.. lana pon baik la… x gitu…..

  14. acer says:

    kesian plk aku dgn si nara nie.. info x cukup tp beria nak gosip pasal artis. puih. bila plk si lana nie x pnh ada kes psl cinta n x pnh ade kontroversi?? bkn ke dulu dia bercinta dgn zain saidin? bkn ke dia dah byk kali kontroversi sbb pakai bikini @ ala2 bikini smpi tetek tersembul?? selidik dulu nara sblm buat statement. jgn gelojoh sgt…

  15. acer says:

    nara kata kontroversi lana stakat nie bpakaian ketat n seksi. nara oii, klu dah tetek tersembul smpai gambar pun kene blur tue nak kategori seksi ke kategori x pakai baju?

  16. USTAJAH says:

    mak johan mesti cakap” JOHAN , HANG PILIH LANA ATAU EMAK!!’ HU.. HU.. HU

  17. MAXMORA says:

    senang crite..’lelaki baik untuk perempuan yang baik’ dan lelaki jahat untuk perempuan yang jahat’ agak2 johan tu dimana??

  18. fifi al qaqa says:

    aku bukan fans si johan ni.. tapi kalau betul niat johan tu nak bimbing si lana ni
    its good for them la.. cume nak bimbing and lurus kan jalan bukan senang, so hope si johan bersungguh2 and istiqomah lah.
    bab shila pulak, tu mmg ade silap gak la.patutnye jgn canang and show off sangat.
    ape pun, kalau aku kat tempat shila pun mungkin aku akan terperasaan kot lagi-lagi dah involve dengan famili – nak2 pulak kalau mak lelaki tu dah berkenan kat aku. even sikit mesti aku tetap taruh harapan. then, johan ni kadang2 aku perasan. sama je macam pelakon lelaki yang lain. pegang sana sini gak. so conclusion die 2-2 la kene sama belajar and istiqomah. tapi yeah johan memang mulut manis. (sorry erh fans johan).
    “baby” dan “sayang”. – pada aku tak payah lagi kot. apetah lagi kalau orang lain dengar.
    kamal adli dengan intan ladyana cth paling ok. cerita couple pasal diorg tak bnyk pun.
    sorry. ini cuma pandangan aku.

  19. Anonymous says:

    aku pelik la kenape org dok kutuk si lana ni… betul ke dia ni kaki main?? betul ke dia ni dah xde dara?? mana korang tau?? penah skodeng dia main ke?? haishh.. main fitnah je korang ni… mana la tau kot dia ni seksi je kot… tp jaga dara dia..

  20. Anonymous says:

    Bak kata Al-Quran, lelaki yang baik untuk perempuan yang baik…perancangan Allah adalah yang terbaik..kita tak boleh pertikai jodoh, ajal, qada dan qadar semua. Kalau dah tak ada jodoh..duduk serumah sekali pun masih tiada..terimalah dgn hati yang terbuka si shila oiii..

  21. nonamanes says:

    tak habis i ols kecewa dgn aeril, dah johan pulak mengecewakan i olss. dudududu

  22. Anonymous says:

    tanjat gurgurl….tapi masing2 ada hati dan perasaan…pilih la insan yang ikhlas sayang kita, bukan kita yang terhegeh2..semoga semua baik2 je

  23. shanasssss says:

    Pelik..
    Tetibe ramai yg backup Lana.. Sebelum ni bukan main lg kutuk hentam si Lana..
    Harap2 Johan mampu dn berjaya didik Lana.. Buat Lana, berubah biar semata-mata kerana Allah swt. Bukan atas kehendak si johan.

  24. Biskut says:

    Kdg2 tu Tuhan mengguna seseorg utk merubah org lain. tak semestinya lana ni free hair, baju ala2 tak cukup kain bermakna dia takkan berubah. mungkin mmg dh Tuhan jadikan Johan sbg org yg akan dpt merubah lana. bertudung menutup aurat pun tak semestinya itu la yg terbaik….

  25. sally not lucky says:

    biasalah kalau terluka..sabar aje la shila..mungkin jodoh akn dtg lebih baik..lana nodin memang seksi abis..xpe la biar johan yg membimbing nya..

  26. Ahkak dah buhsan says:

    Setiap yang bernama manusia pasti ada kekhilafan diri, pasti ada kisah silam, pasti pernah buat silap, kalau dia nak berubah jadi baik, apa salahnya? kita jangan mengata orang macamlah kita dah cukup sempurna, macamlah pasti kita akan masuk syurga…. Tahniah buat Johan, besar pahala Johan seandainya dia dapat mengubah Lana untuk menjadi muslimah sejati selepas ini, Subhanallah.. betapa besarnya kuasa maha pencipta mempertemukan mereka, membuka hati Johan… itulah yang dinamakan rahsia ALLAH, jodoh ajal maut semua kuasa ALLAH, ALLAH telah mengaturnya dengan indah…Seandainya berita ini benar, semoga ALLAH memanjangkan jodoh mereka yang halal kelak hingga ke Jannah, amin.. amin… amin… yarabbal a’lamin

  27. jgnbuatbuatlupa says:

    NGAN IZLEEN DULU PUN DIE CAKAP IZLEEN PERASAN. ANGGAP BESE2. NI KO CKP ANGGP ADIK PLAK… KEMAINLAH. SEME ORG KO CAKAP PERASAN MAMAT POYO!!!!

  28. Lola says:

    First of all xperlu korg tmbh kesedihan shila. Aku tahu mungkin de yg menyampah tp cuba tgk dr sudut yg positif. Shila jujur dgn diri dye, perasaan dye n jujur pd peminat dye. Dye mgkn kurg matang tp refleksi blk dri kte. Kdg2 ble kte sedih, kecewa kte tulis jg mcm2 kat fb/blog/twitter kte. Bezany kte bukan artis or public figure. Ya mgkn dh ttulis jodoh johan ngn lana then cukup bdoa yg tbaik. Xperlu nk kutuk shila. Korg kutuk n ckp mcm korg dh kebal n de right utk ckp mcm2. Korg xpernah sedih kot, xpernah kena dumped..untunglah korg nk kawen terus jumpa lelaki yg baik n btgjwb. Bersembunyilah disebalik dunia maya yang mana realitinya kte lg hitam. Ak xde pe nk ckp psl jodoh sbb sume tu ktntuan tuhan. Even ak g usrah ustaz pnh ckp ttg jodoh dr syaitan, jin n dr Allah. . Pe pon jodoh yg dtg semua pon blaku dengan keizinan Allah n pe yg blaku lps tu jg adalah percaturan yg Allah dh ttpkan.Yg ak nk ckp ttg mulut korg, hati korg yg kehausan klu xbuat org rasa bad. Pd yg mengutuk tu thniah. Xkshla korg kutuk shila or lana. Mengutuk, mengumpat kan spt mkn daging saudara sdri. Semoga kau, aku, johan, lana dan shila bbhgia dan sntiasa berada dlm limpah rahmat Allah. Amin

  29. bukan sesiapa says:

    buat johan & lana# semoga berkekalan until jannah.hope sgt uolls xjdi mcm jimmy n ex wife,.maaf semua,bukan nak memburukan,cuma ambil pengajaran dari kes jimmy.# niat asal mgubah si isteri,.sangat mulia niat baik itu,tp ingat jugak la kaum lelaki,kamu cuma boleh mendorong seseorang melakukan perkara baik,tapi iman seseorang hanya diri sendiri boleh menebalkan dan hanya ALLAH boleh mengukur..orang kita suka tgk perwatakan dan katanye hati mau baik.biar lah hidup terbalik,.tapi hati mau baik,..tp syg hati baik je xckop nak hapus dosa setiap hari.semoga pasangan ini berbahagia dan menajdi lebih baik # pesanan untuk diri sendiri jugak..( jgn marah2 uolls,.peace & as salam)

    to shila hamzah# rileks brader,.brader rileks,..hehe.kejarlah kerjaya yg masih jauh itu,.dah wat pilihan kan,.satu2 lol,.kalau.kahwin dulu tp ulang alik je ke china,.kesian suami nt,..chill…muda lagi,..pilihan akan datang sendiri sesuai masa dan keadaan,.n betul jugak kta2 pemint,..toksah post byk2 yek,..uolls je tau hubungan korang takat mana,.klu johan permainakan u,..letting go…u said, ALLAH knows everything and better,.so let’s Allah decide..

    • cik kim says:

      True. I support. Cuma nak correct boleh tak. Let’s Allah decide. Ayat yang seperti Allah manusia. Allah dah tentukan hidup kita ni, manusia yang decide to be good or bad. Sekiranya kita telah berusaha dan bukan seperti yang kita rancangkan, kita terimalah Qada dan Qadar dari Allah.
      :)

  30. hairan says:

    kenal salah sorg adik sharnaaz, psl tu masa clash dulu dah tau sape yg besalah… katanya sharnaaz x spt yg digambarkan oleh media.. famly tau sharnaaz tu mmg ok orgnya, kalo provoke mmglah dia akan besuara, tp kalo time biasa2, dia cool je org nya…. hmmm