Semakin hampir pada penghujung tahun 2013, semakin banyak kisah sensasi dunia hiburan tanah air Malaysia. Siapa sangka Johan As’ari akan bercinta dengan Lana Nordin? Memang tak pernah terfikir. Memang betullah jodoh itu sudah ditetapkan. Selama ini semua orang menyangka yang Johan bercinta dengan Shila Amzah, tup-tup Lana Nordin yang akhirnya mendapat cinta daripada si jejaka itu.
Sebelum ini, Lana Nordin memang tidak pernah dikaitkan mempunyai hubungan cinta dengan sesiapa. Setakat yang Abang Nara tahu, kontroversi yang melanda Lana hanya mengenai pemakaiannya yang ketat dan seksi. Namun hati Lana terbuka untuk menerima Johan selepas melihat ketulusan hatinya. Kata Lana kepada Berita Harian:-
Saya nampak ketulusan hatinya. Walaupun terkejut, saya sebak apabila dia menyatakan alasan mahu
menjadikan saya isteri. Sebagai wanita, saya memang mencari pembimbing yang boleh membimbing. Doa saya dimakbulkan apabila dipertemukan dengan Johan.
Ketika dia meluahkan perasaan, saya hanya memintanya bertemu terus dengan keluarga andai benar benar serius. Dia bukan main main. Sebagai wanita, lebih manis kalau Johan saja berbicara soal tunang dan berkahwin.
Johan dan Lana kini sudah pun menggunakan kata ganti diri “baby” dan “sayang” apabila bercakap sesama sendiri. Malah Lana juga tidak akan memakai skirt pendek selepas ini. Nampaknya Johan sudah mula membimbing Lana ke jalan yang benar. Kata Johan:-
Saya berkawan dengannya bukan main-main. Saya tahu, dia juga mendambakan calon suami yang boleh membimbingnya. Kami akan sama-sama belajar untuk menjadi insan yang lebih baik.
Biarpun berbeza usia, dia menghormati saya. Andai kami disatukan, hanya tiga perkara yang saya pinta iaitu taat kepada Allah, Rasullah dan suami. Itu saja.
Abang Nara yakin ramai yang terkejut, kecewa dan pelik dengn keputusan Johan As’ari ini. Iyerlah, nampak bercinta dengan orang lain, tiba-tiba orang lain yang jadi pilihan. Namun itulah namanya jodoh. Apa pun, diharap Johan sudah melakukan solat istikarah sebelum membuat apa-apa keputusan. Kalau memang Lana yang terbaik, pedulikanlah kata orang lain. Hidup anda, isteri anda. Selamat menempuh alam percintaan dan seterusnya berumahtangga bersama Lana Nordin.