“Ketuk Pintu Tiga Kali Dan Jerit Ah Hoo”, Penghantar Grab Food Kongsi Pengalaman Berjumpa Pelanggan Pemalu

Trending

“Ketuk Pintu Tiga Kali Dan Jerit Ah Hoo”, Penghantar Grab Food Kongsi Pengalaman Berjumpa Pelanggan Pemalu

Macam-macam kisah penghantar Grab Food yang pernah kita dengar sebelum ini. Bukan senang tugas sebagai penghantar makanan ni sebenarnya lagi-lagi bila kena berhadapan dengan perangai pelanggan itu sendiri.

Ini pula yang berlaku pada seorang penghantar Grab Food apabila pelanggannya ada satu permintaan yang aneh. Apa yang aneh tu? Mereka meninggalkan nota pada pintu rumah sahaja kerana terlalu malu untuk berhadapan dengan penghantar tersebut.

Advertisement

“Kepada tukang penghantar makanan, tolong jangan telefon kalau sudah sampai. Tinggalkan saja makanan di depan pintu, ketuk pintu tiga kali dan jerit Ah hooo! Nanti kami akan ambil sendiri. Kami sangat pemalu. Terima kasih.”

@sheerahbieberr berkongsi di laman Twitter nya video pendek apabila dia ternampak notis yang ditampal itu. Mungkin keluarga tersebut memang mempunyai masalah untuk berhadapan dengan orang asing.

Untuk anda yang tertanya-tanya, apa agaknya yang dilakukannya selepas membaca nota itu kan? Jadi menerusi perkongsiannya itu dia turut melakonkan semula bagaimana dia mengetuk pintu sambil menjerit Ah hoo!

Lain pelanggan lain pula perangainya. Nasib baik brader ni steady je layan. Mungkin memang betul mereka pemalu agaknya tapi dah lapar terpaksa lah order Grab Food kan? Perkongsian ini juga telah mendapat 17 ribu retweet setakat ini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...