Ketua Protes ‘Anti Lockdown’ Di Amerika Syarikat Disahkan Positif COVID-19 Dan Kini Terpaksa Duduk Di Rumah

COVID-19

Ketua Protes ‘Anti Lockdown’ Di Amerika Syarikat Disahkan Positif COVID-19 Dan Kini Terpaksa Duduk Di Rumah

Minggu lalu, seluruh dunia dikejutkan dengan protes yang dilakukan oleh rakyat Amerika Syarikat dalam membantah arahan ‘lockdown’ yang dikeluarkan akibat pandemik COVID-19. Di dalam protes ‘anti lockdown’ yang dilakukan itu, ribuan rakyat Amerika Syarikat berhimpun beramai-ramai dan meminta arahan ‘lockdown’ dihentikan.

Baca: Rakyat AS Tolak Kuarantin Di Rumah, Lakukan Protes Berani Mati

Advertisement

Seorang wanita dikenali sebagai Audrey Whitlock yang menjadi penganjur dalam gerakan ini dilaporkan sedang dikuarantinkan selepas diuji positif wabak itu. Dia juga terlepas menghadiri dua perhimpunan protes yang dianjurkan olehnya sendiri di Raleigh kerana sedang menjalani proses kuarantin.

Penganjur kumpulan protes ‘anti lockdown’ di North Carolina atau ReOpenNC itu dilaporkan tidak pernah meninggalkan rumahnya langsung selepas disahkan positif. Penganjur bersama, Ashley Smith memberitahu walaupun rakannya tidak dapat hadir protes yang dilakukan, mereka masih lagi meneruskan gerakan itu.

protes anti lockdown

Setiap orang mempunyai keputusan masing-masing untuk dibuat. Sekiranya mereka mahu datang, itu terpulang kepada mereka. Saya akan berada di sana. Saya tidak takut dengan virus. Saya lebih takut kehilangan hak-hak perlembagaan saya dan kehilangan mata pencarian daripada saya kerana virus.

Walaupun terpaksa dikuarantinkan, Audrey Whitlock masih lagi meneruskan perjuangannya menerusi perkongsian di Facebook miliknya. Malah, dia turut membuat aduan bahawa kerajaan telah mencabuli haknya sebagai rakyat untuk bersuara apabila ‘dipaksa’ kuarantin di rumahnya.

“Saya diberitahu untuk tidak melibatkan diri di tempat awam oleh kerajaan dan dengan ini mereka telah melanggar hak pindaan pertama negara ini.”

protes anti lockdown AS

Dia juga tidak berpuas hati apabila dimaklumkan dia boleh ditahan oleh pihak berkuasa sekiranya melanggar arahan kuarantin yang diberikan kepadanya. Kumpulan protes ‘anti lockdown’ itu juga masih lagi tidak serik mengadakan perhimpunan walaupun penganjur mereka sudah disahkan positif.

Kumpulan protes itu akan terus melakukan perhimpunan pada setiap hari Selasa sehingga lah arahan duduk di rumah dihapuskan oleh kerajaan. Sebelum ini, Amerika Syarikat telah pun mengumumkan lanjutan tarikh ‘lockdown’ sehingga 8 Mei ini berikutan kes yang semakin meningkat.

Sebelum ini, salah seorang peserta perhimpunan ‘anti lockdown’ di Amerika Syarikat dilaporkan meninggal dunia selepas dijangkiti wabak itu. Lelaki berusia 60 tahun itu antara individu aktif dalam gerakan tersebut dan percaya virus ini hanyalah permainan politik semata-mata.

Artikel berkaitan: Ahli Penunjuk Perasaan ‘Anti Lockdown’ AS Meninggal Dunia Kerana Dijangkiti COVID-19

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...