Ketua Polis Perak Jelas Isu ‘Freemasons’ Edar Bantuan Pelindung Muka

Trending

Ketua Polis Perak Jelas Isu ‘Freemasons’ Edar Bantuan Pelindung Muka

Sebelum ini, Persatuan Kebajikan Bintang Utara yang mewakili pertubuhan Freemasons daripada negeri-negeri Utara Semenanjung Malaysia menyalurkan bantuan pelindung muka kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menurut kenyataan daripada pertubuhan tersebut, sumbangan itu bagi memastikan keselamatan semua orang terutamanya frontliners memandangkan negara kita masih berlawan dengan wabak pandemik Covid-19.

Advertisement

8 years ago

Lelaki Ini Dakwa Duit Ringgit Malaysia Ada Unsur Freemason, Cetus Viral Di Laman Sosial

Majlis penyerahan 5,000 pelindung muka tersebut berlangsung di Ibu Pejabat Polis Ipoh di Perak pada 15 Oktober lalu. Antara wakil pertubuhan yang hadir dalam majlis penyerahan tersebut adalah Jeyaraj Ratnaswamy dan Arthur Yeong.

Namun, majlis penyerahan pelindung muka tersebut secara tidak langsung telah mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai dan netizen selain mereka turut mempertikaikan sumbangan daripada pertubuhan tersebut.

Ketua Polis Perak kemuka penjelasan tentang isu berhubung pertubuhan Freemasons itu.

Menurut Harian Metro, Ketua Polis Perak iaitu Datuk Mior Faridalathrash Wahid telah menjelaskan yang isu penyerahan pelindung muka daripada pertubuhan Freemasons itu tidak menjadi masalah kepada polis untuk menerima sumbangan itu.

Freemasons Beri Sumbangan Pelitup Muka

Sumber: Malaysia Kini

Perkara tersebut telah beliau nyatakan selepas menghadiri majlis sumbangan kepada salah seorang pengamal media yang menghidap penyakit angin ahmar di kediamannya di Taman Desa Pengkalan semalam.

Tambah Datuk Mior Faridalathrash Wahid lagi, sumbangan daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bukan berkaitan agama atau kepercayaan serta fahaman untuk memberi sumbangan kepada pihak berkuasa.

Selain itu, beliau juga tidak menghalang mana-mana pihak yang hendak menghulurkan bantuan serta lebih mengalu-alukan sumbangan daripada sesiapa sahaja.

Ketua Polis Perak Jelas Isu Freemasons

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid – Sumber Google

“Tiada masalah, sesiapa boleh beri sumbangan kepada kita, lagi pun mereka memberi sumbangan pelindung muka kepada polis untuk diedarkan,” kata Datuk Mior Faridalathrash Wahid

Justeru itu, beliau merasakan yang ia tidak menjadi masalah bagi pihak polis kerana mereka bukannya mengikut fahaman yang dibawa oleh pertubuhan itu serta apa yang lebih penting adalah niat baik mereka ingin memberi sumbangan kepada pihak polis.

Walaupun banyak netizen yang mempertikai sumbangan itu namun perkara tersebut sebenarnya dapat membantu pihak berkuasa dalam mengekang penularan wabak pandemik Covid-19 ini.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...