Ketua Polis Negara Sahkan Rakan Subahat Suspek Curi Telefon Plaza Lowyat Reka Cerita

Trending

Ketua Polis Negara Sahkan Rakan Subahat Suspek Curi Telefon Plaza Lowyat Reka Cerita

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar telah mengesahkan bahawa cerita viral mengenai seorang lelaki ditipu oleh peniaga telefon di Plaza Lowyat hanyalah satu rekaan.

Foto ihsan Malaysia Gazette

Menurut Astro Awani, kejadian Sabtu itu bermula apabila seorang lelaki mencuri telefon. Lelaki itu kemudiannya ditangkap oleh staf Oppo dan diserahkan kepada pihak polis, bagaimanapun rakan subahat lelaki itu telah mengada-adakan cerita bahawa lelaki itu ditipu. Rakan suspek kemudiannya membawa rakan-rakannya kembali ke Plaza Lowyat untuk memukul staf-staf Oppo yang membantu suspek ditangkap.

Advertisement

Bagaimanapun, cerita yang direka itu menjadi viral di media sosial sehingga mencetuskan kekacauan di sekitar Plaza Lowyat, ditambah pula dengan cerita-cerita palsu yang disebarkan oleh penulis blog, dan pengamal media sosial yang lain.

Tidak sampai 24 jam selepas kekacauan di sekitar Plaza Low Yat di tengah ibu negara malam tadi, pasukan polis menggerakkan usaha memburu individu yang disyaki terlibat mencetuskan insiden itu melalui penyebaran berita palsu, termasuklah penulis blog, Papagomo.

Mahkamah dalam satu kes saman sivil pada 2013 mengenal pasti blogger dengan nama Papa Gomo sebagai Wan Muhammad Azri Wan Deris.

Selain Papa Gomo, Khalid juga mengarahkan polis memburu pengguna media sosial yang menyebarkan berita palsu itu.

Sementara itu, jumlah tangkapan berhubung kes di Low Yat telah meningkat kepada 19 orang setakat ini.

Penyertaan untuk Lantai Cilik 3 oleh kumpulan Teratak dari SK Felcra Bukit Kepong, Muar, Johor. #mysenibudaya #lantaicilik3 #penyertaanlantaicilik3 #lc3 #penyertaanlc3

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Friday, 10 July 2015

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...