Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar telah mengesahkan bahawa cerita viral mengenai seorang lelaki ditipu oleh peniaga telefon di Plaza Lowyat hanyalah satu rekaan.
Menurut Astro Awani, kejadian Sabtu itu bermula apabila seorang lelaki mencuri telefon. Lelaki itu kemudiannya ditangkap oleh staf Oppo dan diserahkan kepada pihak polis, bagaimanapun rakan subahat lelaki itu telah mengada-adakan cerita bahawa lelaki itu ditipu. Rakan suspek kemudiannya membawa rakan-rakannya kembali ke Plaza Lowyat untuk memukul staf-staf Oppo yang membantu suspek ditangkap.
Bagaimanapun, cerita yang direka itu menjadi viral di media sosial sehingga mencetuskan kekacauan di sekitar Plaza Lowyat, ditambah pula dengan cerita-cerita palsu yang disebarkan oleh penulis blog, dan pengamal media sosial yang lain.
Tidak sampai 24 jam selepas kekacauan di sekitar Plaza Low Yat di tengah ibu negara malam tadi, pasukan polis menggerakkan usaha memburu individu yang disyaki terlibat mencetuskan insiden itu melalui penyebaran berita palsu, termasuklah penulis blog, Papagomo.
Mahkamah dalam satu kes saman sivil pada 2013 mengenal pasti blogger dengan nama Papa Gomo sebagai Wan Muhammad Azri Wan Deris.
Selain Papa Gomo, Khalid juga mengarahkan polis memburu pengguna media sosial yang menyebarkan berita palsu itu.
Sementara itu, jumlah tangkapan berhubung kes di Low Yat telah meningkat kepada 19 orang setakat ini.
Penyertaan untuk Lantai Cilik 3 oleh kumpulan Teratak dari SK Felcra Bukit Kepong, Muar, Johor. #mysenibudaya #lantaicilik3 #penyertaanlantaicilik3 #lc3 #penyertaanlc3
Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Friday, 10 July 2015