Ketua Polis Negara Perjelas Golongan Yang Didenda RM 10,000 Sebab Langgar SOP

COVID-19

Ketua Polis Negara Perjelas Golongan Yang Didenda RM 10,000 Sebab Langgar SOP

Masyarakat keliru berhubung dengan kompaun RM 10,000 yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa bagi sesiapa yang melanggar prosedur operasi standard (SOP).

Kompaun RM10,000 yang bakal dikuatkuasakan pada 11 Mac ini hanya dikenakan kepada individu yang melakukan kesalahan berulang kali dan kesalahan yang boleh menyebabkan penularan wabak Covid-19. 

Advertisement

Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, kenaikan untuk kompaun itu bukan untuk kesemua kesalahan yang melanggar SOP.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, berkata kenaikan kompaun berkenaan bukan dikenakan bagi kesemua kesalahan yang melanggar SOP.

Pihak polis akan mengeluarkan kompaun berdasarkan rekod yang mereka ada.

Contohnya individu yang buat kesalahan berulang kali dan mereka yang cuba untuk rentas negeri sehingga menyebabkan penularan Covid-19.

Tapi, individu yang dikenakan kompaun RM 10,000 boleh membuat rayuan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).  untuk mengurangkan kadar kompaun.

Jadi, selepas ini masyarakat tidak perlu keliru dengan RM 10,000 kompaun yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa. Untuk elak diri dikompaun, sila patuh SOP yang telah ditetapkan.

Sumber 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...